Sunday 9 October 2011

Cerita Dari TV

Adegan 1:

Panjang baru balik dari kerja-padang bola-main bola baru balik rumah. Jam7 lebih kurg then kami sama2 menonton Astana di mana Kak Nita menerjah rumah Ahadiat Akashah. Di akhir rancangan, bini Ahadiat menunjukkan hobinya iaitu menunggang moto besar bila ada masa lapang. Terus Panjang kata "mcm tu bah, best. Masing2 ada hobi sendiri". Ok darling, I sgt tau apa u maksudkan dgn ayat tu lalu dia menambah lagi "kalau banyak duit mungkin mcm tu la". Aku pun berkata "kalau kau bnyk duit, aku nda akan kacau hobi kau. Lempar ja duit atas lantai, kita keluar dan buat hal masing2".. Dia menambah lagi kalau aku ada kemewahan tahap itu aku mgkn nda ingat balik rumah or lebih tepat jika apa yg dia maksudkan ialah aku akan curang di luar. What? Curang? Kalau betul, kenapa Ahadiat dan isteri masih bersama? Siti dan Datuk K pun masih bersama dan ramai lagi pasangan yang kaya-raya kekal dlm ikatan suami isteri walaupun masing2 selalu melayan hobi secara berasingan... Dan aku tertanya dalam hati, adakah ianya hanya sekadar wang/kekayaan?

Shut up! Kalau kita menganggap kebahagiaan hanya boleh diperolehi dari lambakan wang, itu pemikiran yg sgt salah. Sila tukar fikiran 1 saat dari sekarang. Mungkin semua manusia boleh jadi manusia yang kaya raya tapi tidak semua manusia tahu dan mahu berkerah tenaga utk itu kerana menjadi kaya seolah sesuatu yang ajaib dan hanya manusia terpilih saja yang boleh kaya. Maka, jika kita mengukur kaya dulu baru bahagia, maksudnya selagi kita tak kaya selagi itulah kita tidak boleh bahagia. Sampai matilah nda bahagia kalau tidak kaya. Jgnlah sia2kan hidup dgn berpegang pada kuasa wang.

Adegan 2:

Habis ja rncgn Astana, si Panjang tertidur. Aku teruskan siaran tv dgn rncgn Oprah Show. Biarkanlah Panjang, dia memang penat. Aku yang hanya duduk di rumah pun letih, apatah lagi dia.

Aku sangat suka Oprah Show tapi panjang nda suka. Aku nda faham kenapa dia nda suka... Tu yang membezakan tahap pemikiran kami berdua. Bukan meninggi diri tapi aku lebih berfikiran jauh berbanding dia kerana aku suka rancangan2 ilmuan seperti aku. Oprah Show bercerita tentang jatuh bangunnya seseorg dalam hidupnya. Bercerita tentang semangat perjuangan dalam hidup dan perjuangan mereka mengharungi dugaan hidup. Sangat memberi inspirasi dan motivasi juga teladan dan iktibar.

Ya tuan2, puan2. Hidup ini bukan mudah walaupun tak sesukar mana tapi lebih kepada tidak semudah yang dikata. Kita tidak boleh meneruskan hidup dengan hanya memandang dari sudut pandangan kita sendiri kerana dalam kehidupan manusia bermacam2 pengalaman yang ada. Jika kita rasa kita sedang susah pada ketika ini, ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. Jika ketika ini kita merasa sangat sedih, pasti ada insan lain yang lebih bersedih dari kita.. Kita nda akan tahu itu jika kita hanya fikirkan diri kita seorang yang sedang menempuh hidup. Bila menonton rancangan seperti itu, maka baru kita akan tahu bahawa rupanya hidup kita bukan hanya seperti apa yang kita alami. Insan lain juga sedang mengharungi keadaan yang berbeza yang mana lagi sukar dari apa yang kita hadapi. Jika kita sedar tentang hal ini, rasa bersyukur tu akan terbit dalam hati. Syukur bukan hanya bila kita dapat kerja tetap, dapat isteri lawa, dapat suami yang panjang, naik pangkat or apa2 kurniaan yang nyata. Ketika ditimpa musibah juga kita wajib bersyukur kerana dgn musibah itu, kita sebenarnya lebih dekat dengan Allah. Dengan musibah itu jika kita menginsafinya akan menebus doa2 lampau kita. Memupuk keyakinan kita pada kuasa Allah dan membuatkan kita lebih tunduk pada Allah. Masya Allah.

Adegan 3:

Aku menonton pula rncgna di TV AlHijrah yang mcm rncgn Cubaan di Astro Oasis. Bila orang tu kantoi ja, pengacara akan menanyakan soalan wajib, jika Rasulullah masih bersama kita sekarang apa agaknya dia lakukan dgn situasi tadi? Soalan lain, jika Rasulullah ada di depan anda sekarang, apa yg boleh anda katakan dalam masa 1 minit?

Korg rasa, korg boleh berkata ka? Aku rasa tidak. Bagi aku, aku harap aku boleh menyentuh kaki Rasulullah dan menangis... Betapa banyak akhlak Nabi yang kita tidak amalkan pada zaman ini. Sifat kerendahan hati Nabi yang mana kalau mknn jatuh ke tanah pun jika boleh dibersihkan baginda akan pungut dan memakannya. Bukan seperti kita, kalau jatuh kuih sebiji atas meja mmakan pun kita buang, kononnya kita ni pembersih sangat. Pembersih atau sombong? Berlagak kononnya kita ni manusia yang ada harga diri yang tinggi tapi hati sentiasa takbur.

Wallahu 'alam.

No comments: