Saturday 22 October 2011

Selesai Berujikaji Pada Hari Sabtu

Pada malam hari Jumaat, kami si Panjang mau keluar makan steamboat, jadi sebelum jalan tu aku berpugut2 (mengedik) dengan satu2nya pashmina yang aku ada. Tujuan pashmina itu bukan untuk dibuat tudung tapi untuk selimut dalam masa pigi Genting hari tu. Tapi berbeza kali ini bila aku pigi testing2 lilit itu pashmina di kepala dan tiba2 aku seperti menguasai pemakaiannya sebagai tudung. Bagi sesiapa yang nampak profile pic aku di FB nah itulah hasilnya. Dan itulah gaya pashmina yang terpaksa aku pakai pigi 1B makan steamboat tapi akhirnya kami tukar menu di Homes kerana Jaws nda buat buffet suda untuk steamboat. Lukik (lokek) juga punya bos tu restoran. Cis! Tolong bagitau aku di mana lagi ada restoran steamboat buffet di KK ni dan berapakah harganya. Nda puas hati ku ni nda temakan steamboat.

Bagi yang belum tau, sebanyak2 fesyen tudung, shawl dan pashmina ialah jenis tudung yang aku nda pandai dan nda suka pakai sebab aku tgk macam nda kemas walaupun trendy. Aku nda suka bila shawl yang dipakai tu nda limpas dada kerana anu ku bukanlah lawa sangat mau kena tayang. Kalau lawa pun, kenapa mau tunjuk? Orang lain pun ada baitu barang. Sama juga. Cuma yang membezakan, bulat, leper, besar, kecil, tegang atau kendur saja. Hehehe.

So persepsi baru aku bagi pashmina, not bad. Actually, kainnya nampak panas tapi bila pakai di kepala, simple, mudah dan sangat selesa rupanya. Dan kalau kau nda sengaja kasi singkat memang buli coverlah anu tu. Cuma kalau baru first time, kadang terganggu jugalah sedikit gerak-geri sebab takut muka nampak pelik tapi rasanya aku suka. Aku terbayang2 sudah mau shopping pashmina lepas ni.

Lepas tu aku menggoogle trend2 pemakaian tudung masa kini terutamanya ikon fesyen kita iaitu artis. Ada juga aku try style Hana Tajima tu tapi aku rasa baik lupakan dulu buat masa ini. Dan dalam ramai2 artis yang mempunyai cara pemakaian tudung tersendiri, aku memilih Heliza sebagai idola dalam fesyen bertudung. Tapi bukanlah 100% cara dia aku ikut tapi dia sebagai panduan akulah sebab konsep tudung Heliza ala2 ustazah. Kalau kita tengok pun, makin lama tudung Heliza makin labuh. Lagi syok sebab selalu nampak dia pakai jubah. Harapa2 Heliza terus konsisten dengan fesyennya itu dan harap lebih ramai lagi mencontohi dia. Tapi aku nda suka tengok dia senyum perasan comel dalam gambar ya. Macam budak sekulah.

Kenapa tidak Yuna? Aku nda suka bila Yuna pakai skinny jeans yang ketat pastu pakai shawl yang tutup kepala ja. Kalau sekarang lagilah aku nda berkenan bila gaya tudungnya ala2 serban gitu. Deh, mau betul bah nampak ranggi or funky sebab dia pernah mengaku dia tu ala2 tomboy. Lantaklah mau jadi tomboy ka koboi ka... Kan.

Siapa tau Liga KK anjuran DBKK start suda malam ni? Si Panjang main dalam pasukan Likas United ok. Kalau nda berubah posisinya defend kanak/kiri tu. So malam ni jom ramai2 ke Stadium Likas. Wehuuu! Jumpa di sana.

Nota: Baru aku tau Siti Nordiana dan Diana Amir sudah pun bertudung litup. Alhamdulillah makin ramai artis berhijrah di usia muda.

No comments: