Sunday 30 October 2011

Kenapa Aku Tidak Kisah ?

Sejak beberapa hari yang lepas, aku berada dalam tempoh yang sangat selesa. Separuh dari hutang yang perlu dilangsaikan segera sudah ku laksanakan. Hutang apa? RahsiaAaaa..

Sekejap susah, sekejap senang merupakan kitar hidup yang sangat menginsafkan. Apa yang aku rasa bila senang untuk dua tiga hari, aku takut lupa kepada kesederhanaan yang selama ini ku jalani.. Kesenangan sangat melalaikan namun aku bersyukur kerana rahmat Allah sentiasa ada.. Kesenangan juga rahmat, kepayahan juga adalah rahmat kepada manusia.

Kemarin (29 Okt) reunion ex Kerani SBPKP Sabah berjalan dengan jayanya walaupun hanya 5 orang yang berkesempatan tetapi kehadiran dimeriahkan oleh anak2 comel kami. Maaf pic nda dapat disertakan kerana kekurang canggihan hanfon ini (alasan membosankan). Semasa bertugas kami tidaklah terlalu rapat tetapi selepas kebanyakan dari kami tidak berkhidmat lagi kerana ditamatkan kontrak, maka erat pula silaturahim itu semula.

Azie, dari Kuala Penyu terkejut dengan perubahan ku. Katanya aku semakin berisi tapi yang aku hairan kenapa aku nda terasa bila dikatakan makin berisi? Korang taukan perkataan tu sangat 'pantang' untuk perempuan? Dan tadi aku membelek2 tubuh dicermin dan bertanya pada sepupu ku, betulkah aku makin berisi? Katanya, adalah bertambah sikit tapi kenapa aku tidak bimbang? Aneh, pelik dan ajaib. Selalunya aku cepat panik bila tanda2 kurus ku tidak kelihatan dicermin. You know what? Aku feeling keibuan sekarang... Sangat keibuan... Dengan selera makan ku dan kondisi emosi yang lain daripada biasa, aku feeling mengandung. Tidak, kau tidak silap eja. MENGANDUNG. Budak bawah umur sila abaikan perenggan keibuan ini. Ya kawan2, kerana feeling keibuan, aku tidak risau kalau badan naik (nda faham kenapa harus menggunkan perkataan feeling yang sebenarnya bermaksud naluri).

Tapi aku lagi nda faham kenapa harus ada feeling padahal si bulan tetap datang pada waktunya hanya kitarannya berubah daripada 28 hari menjadi 31 hari.. Aku cuak juga beb, ingatkan kitar kita nda berubah.. Yalah, takut2 menopous diusia muda. Kehkehkeh! Adakah?

Tapi aku faham jika dorang cakap aku makin berisi kerana aku dapat merasakannya cuma mula2 ja aku nda faham kenapa aku tidak kisah (selalunya panik).

Apapun, hidup perlu diteruskan. Hidup ialah perjuangan...

No comments: