Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan 3

Eh, betulkah hari ni 3?
Lajunya terasakan?
Sedar tak sedar dah raya, tapi tahun ni aku langsung tak semangat nak raya atas alasan yang hanya aku ja boleh tau.....
Korang nak teka? Apa dia? Bukan, salah tu. Ok tak boleh bagitau... Jangan nak meneka lagi nanti salah teka dosa, hehehe...
Tapi ini feeling aku diawal Ramadhan, dengan kuasa Allah keadaan boleh berubah bila-bila masa. Yang sedih akan gembira. Yang terpisah bertaut smula. Yang hilang akan berganti. Yang kurang akan sempurna dan macam-macam lagi yang boleh berubah.

My story ada siiiiiikit la sedihnya tapi aku dah kawen. Aku tak nak cengeng2 lagi. Ya tau. Ada orang yang dah berbelas tahun kawin tapi masih nak nangis kalau tak dapat balik kampung jumpa mak ayah. Itulah tanda anak yang penyayang... Aku pun penyayang tapi tak yahlah nak feeling lebih2. Selagi suami ada di sisi... Selagi kita ni isteri dia, adalah lebih baik sebahagian besar kehidupan kita serahkan pada suami, melainkan kalau suami kau ganas, pukul ko hari2 tu bodohlah kalau masih nak serah diri. Pada yang masih bersuamikan orang yang waras, lebihkanlah suami anda dari lain2 perkara. Dialah syurga kita.

Tahun ni, kalau tiada perubahan, raya pertama kami tak balik kampung... Mungkin raya 4 macam tu baru balik... Kalau nak diluahkan semua rasa macam banyak fikiran2 negatif yang ada ni... Lebih baik diam dan kalau boleh buangkan semua perasaan. Yang pasti, setiap raya pertama, kami tak raya umah mertua lagi sebab takde orang nak masak di rumah parents aku kalau aku takde.. Tapi panjang kalau nak spent time kat umah dia dari malam takbir hingga menjelang syawal tak kisahla.. Rumah mertua dgn rumah parents aku pun bukannya jauh... Okla. Dah fikir apa perubahan sambutan hari raya tahun ni. Supaya aku tak tertekan nak menangkan hati semua pihak walau hati aku pula yang renyuk.Yihaa!

2 comments:

Fazil Hamid said...

bukan ke baru hari ke-3...
hehehe..nak cepat abis eh...

Nani said...

Hahaha.... baru edit... silap kira...