Wednesday 14 September 2011

Kamu Bukan Orang Lain Part i

Ini cerita 9 tahun yang lepas.

Aku berada di Tingkatan 5. Aku ada classmate, kami panggil dia Ijah (nama penuh nda buli didedahkan).
Ijah seorang yang baik tapi nda ramai yang suka berkawan sama dia sebab dia suka meluahkan perasaan secara melampau (melampau bg dorang, bagi aku masi ok lagi). So sesiapa yg pernah jadi mangsa akan serik berkawan. Aku ni mudah kesian dgn orang, bila aku tgk bgtu, terus aku jadi kawan dia. Ya satu2nya kawan yg boleh layan semua cerita dia. Ijah seorang yang kesunyian, murung dan sensitif. Dia anak ketiga dari 7 org adik-beradik (skg 8 sudah). Dia ada kakak 2 org tapi sdg belajar di bandar (masa ni kami di luar bandar).

Kami semakin akrab. Masa tu aku tinggal di asarama SMK Pitas. Kadang2 si Ijah bawa aku bermalam di quaters dorang bila mama dan daddynya pg KK dan bermalam di sana. Lama kelamaan, mamanya suka pula aku berkawan sama si Ijah.

Pada satu petang, dalam jam2 gitu, si Ijah cari aku di asrama (lps balik sekolah). Bilangnya mama panggil pg kantin sekolah mau jumpa. Aku pun menurut tanpa banyak soal tapi dengan perasaan was2. Apahal mama si Ijah panggil aku kan? Sampai ja di kantin mamanya suruh aku oder makan dan minum, kami bersama sorg kawan mamanya (aku lupa namanya tapi akumkenal la). Masa tu aku budak miskin lagi so hal2 makan di kedai ni adalah sesuatu yg luarbiasa bagi aku hehehe. Lepas tu tiba2 kwn mamanya tanya, siapa ni? Terus mama Ijah cakap "anak aku bah ni!"

Gulp! Sikit aku tertelan sudu.
Anak? Bapa aku ada bini lain ka?
Perempuan simpanan?
Atau aku anak angkat angkat mama ku?
Hah?
Aku terkaget sekejap tapi aku diam ja..

Tiba2, "macam mana sekolah mu? Ok juga? Buku rujukan cukup? Kalau nda, nanti kasi senarai, mak cik tolong beli..."

Bah apa pikir mu? Baru sekali jumpa sudah kena offer begitu. Masa tu aku memang gila shopping buku rujukan. Aku suka buku rujukan terbitan Pelangsi Pelangi sama Sasbadi.

Aku jawab, "ok bah. Buku...... Cukup juga..". Padahal kalau buli bukan ja buku tu mau dikasi list, macam2 tu termasuk baju baru, kasut baru, beg baru hehehehe...

Lepas tu, kisah itu berakhir di sana.

Selepas beberapa bulan. Tiba2 lagi mamanya suruh aku tinggal di rumah dorang. Padahal jauh lg rumah drg dari sekolah. Rumah ku dekat ja. Aku terkaget lagi sebab masa tu aku tinggal asrama, apahal aku mau tinggal rumah orang pula kan? Aku x dapat bagi kata putus tapi dalam diam mama Ijah jumpa bapa aku minta izin supaya aku tinggal rumah drg dan bapa aku juga macam nda boleh menolak sbb suami kepada mama Ijah ialah second bos bapa ku di pejabat daerah. Maka tinggallah aku dengan dorang.

Pada satu hari, masa kedua2 kakak Ijah ada di rumah Tata dan Aming, mama Ijah mengumumkan bahawa aku adalah anak angkatnya... Reaksi dorang ok ja tapi dalam hati nda taulah pulak. Maka ikut aku, mamanya  ada 4 anak perempuan. Fizikal aku dan Ijah nda jauh beza. Pendek, tembam2 cuma aku gelap sikit. Kira sama spesislah juga. Cuma tata dan Aming sempat bergurau "buli jugalah mak tapi suruh tukar namanya pigi Norharnani... Hahahaha!!!!". Aku pun ikut ketawa secara malu2. Ya, nama drg semua ada Nor.

Dipendekkan cerita, slps lafaz anak angkat itu, aku dapat layanan yang baik dari keluarga dorang. Ya betul2 baik. Walaupun si Aming nampak garang tapi dia baik. Tata pun sama. Tapi oleh kerana nda lama tu si Aming abis suda belajar diploma maka kami lebih rapat sbb dia bnyk masa di rumah.

Masi aku ingat, masa aku bday pada tahun 2004 kalau nda silap, Aming bawa aku jalan pi KK dan tengok wayang. Dia belanja hokey. Tu 1st time masuk panggung d KK ni. Maklumlah sudalah budak miskin, budak kampung lagi tu. Filem yg kami tgk ' The Day After Tommorow". Aku yg pilih wayang tu, best jugalah. Pandai juga aku hehehe.

Dan apa yg aku ingat2 lagi, mama Ijah asal ja pi mana, balik mesti ada benda yang dia akan belikan aku dan Ijah. So bila pi sekolah kami macam kembar. Kena bagi belanja RM5 satu hari bagi dua. Sampai geng2 kami Boy, Syed dan Radi pi bodek2 aku. "Kau belanja dulu bah kami. Kau kan anak orang kaya sudah skg.." Hahaha, masih aku ingat kata2 si Boy. Cilaka oh kau Boy (padahal dia couple sama si Ijah).

Bersambung..........

2 comments:

Aki said...

hehe.. syok ja ingat2 balik cerita2 lama kan?? hm.. si Aki dulu semua terpaksa berusaha sendiri oh.. pagi skolah,petang kerja,malam kerja.. hahaha..

Nani said...

wah... aku nda sampai tahap bgtu tapi masa di Melaka dulu, aku kerja sambil belajar...