Monday, 26 September 2011

Lucu Bila Orang Tanya

Adakalanya aku rasa kelakar bila orang macam aku yang selalu online, kacau kawan2 tiba2 lama menghilang... Bila keluar balik, berduyun2 tanya, kenapa menghilang? Apa khabar? Kau di mana skrg, lama nda nampak? Hehehe... Ada juga yang masih kisah kalau aku tiada. Poyonya ayat....

So pertanyaan2 seperti itu membuatkan aku ingin menjelaskan kenapa aku sering menghilang? Aku ni kalau dah menghadap laptop, jangan harap ada orang kacau! Aku sangat marah dan tiba2 bersikap bengis. Hoooooh. sangat buruk.

Tak kira siapa. Anak aku sendiri kalau cuit2 aku nak nenen, nak makan, aku hangin satu badan. Juga kalau time2 syok online, line pula lembap hah, 3 hari bad mood terus (taklah, 3 jam ja).

Makanya, orang macam aku kalau online harus sehari suntuk terus tanpa gangguan lepas tu wajib stop hingga seminggu atau lebih. Tapi selalunya tak lebih sangat sebab otak aku beku kalau terlalu lama tak keluar di alam maya.

Bila sedar diri ada perangai tak senonoh macam tu, maka aku meimitkan masa untuk beronline dan lebih menumpukan pada anak dan rumahtangga. Kini, aku lihat anak aku lebih happy dan bersikap baik kerana diberi perhatian dan mendapat layanan yang sepatutnya dari ibu yang tidak bekerja.. Dan baru aku yakin, percaya dan belajar, anak hanya mahukan perhatian yang sepatutnya. Bila dia rasa disayangi dan dihargai maka lebih mudah nak didik si anak tadi.

Selama aku jadi ibu sepenuh masa, anak aku belajar erti tanggungjawab sesuai deengan umurnya semampu yang aku boleh. Contohnya, habis makan dia akan hantar pinggan mangkuk ke sinki... Mula2 dia marah bila disuruh tapi oleh kerana tiap kali dia lakukan aku bagi pujian, skg ni dia dah biasa dan jarang suda merungut. Malah dia bangga tiap kali buat hal yg sama, katanya "aku pandai kasi cantik rumah".

Selain itu, kain kotor tidak lagi tertangguh hingga lebih dari 4 hari baru dibasuh. Ya, aku sedang beritahu korang aku isteri yang pemalas sebab aku rasa software aku dah bnyk kena virus... program aku dalam keadaan yang celaru... Slow, hang... Macam2la. Nak format terus tak boleh sebab otak manusia bukan macam komputer... Kena install antivirus dan dia remove virus perlahan2 supaya program akan berfungsi dengan lancar.

Alhamdulillah, aku kurang suda garang sama anak... Dulu aku stress, anak selalu kena marah2... Alhamdulillah... Perlahan2 hidup aku berubah jadi yang sepatutnya. Perlahan2 sedang kembali ke haluan yang aku mahukan. Isteri umpama nakhoda dalam sebuah kapal layar.. Kapten mana mungkin bole buat kerja sorang diri...f

7 comments:

Aki said...

tia pa kak.. relax ja.. gitu la tu kalau sudah namanya tanggungjawab.. he he he.. oh ya.. si Aki tukar url sudah kak.. http://akiborneo.blogspot.com/ sudah.. He he he..

abglan said...

Anak-anak ni membesar rasa macam cepat jee... macam tak sedar je

Fazil Hamid said...

semoga dipermudahkan...dan selalu hapdet...hehehe...

Norhisham Nordin said...

mmg byk tanggungjawab kan... tapi kita kena pandai atur... dulukan mana yg lebih penting... huhuhu...

Nani said...

Aki, ok sudah set..

abglan: kdg tak percaya anak-anak dah besar..

fazil: insya Allah.

sham: keluarga didahulukan!

Red Cherry and Avocado said...

sama la kita ni pula.kalau org kacau saya berinternet terus kena marah,pandai garang ni.

Kalu line slow pun pandai meradang.

Adui aku pun garang dgn adik2 ku ni.dorang kacau jak saya time saya depan lappy satu kawasan perumahan bole dengar...adih...

Lepas puas berinternet baru saya baik2 dgn dorang. Insaf oh lepas baca ni entri.

Nani said...

hahaha... nah itu la pasal. nda mau grg2 suda ni so jarang2lah online hehe...