Friday, 9 September 2011

Beku Macam Ais...

Bangun pagi hati gelisah dan gundah-gulana.
Macam-macam hal menerjah fikiran atau lebih tepat jika aku katakan ianya ialah dilema.
Dari dulu aku kata aku suka jadi suri-rumah tapi bila aku jadi surirumah, hati tak senang.
Aku rasa banyak masa disia2kan bila tak buat apa-apa yang boleh mendatangkan duit.
Hm, mata duitan rupanya...
Jaga baby? Entah aku rasa macam tak kuasa lagi sebab masa aku akan terikat dan aku tak boleh buat benda lain yang aku suka.
Sebenarnya aku ada planning lepas ni nak buat apa tapi tu lah, aku ni suka buat semua benda dengan slow-slow.

Bila banyak sangat yang sedang bermain-main dalam fikiran aku jadi blur, nak cerita macam mana pun terus jadi tak tau....
Hati aku meronta2 mengatakan aku harus jadi seseorang..
Ya, seseorang yang ada pencapaian...
Terfikir macam nak study balik sebab nak aktifkan semula sel2 otak..
Entahlah...

5 comments:

abglan said...

Kalau ada planning nak sambung study memang cantik sangat tu Nani...

Fazil Hamid said...

yg penting ade plan...buat slow2 tp jgn berhenti...insyaAllah berjaya..

ingat:-
gagal merancang adalah merancang kegagalan..

Nani said...

abglan: baru nak survey apa course yg best...

Fazil : insyaAllah....

A.s.t.i.n.a said...

Sampai seru nanti, ko akan buat semua tu tanpa dirancang pun... Standby ja..

Nani said...

Seru... ya mungkin seru ku belum sampai... mudah2an, amin.