Friday, 16 September 2011

Bila Aku Kecewa Dengan Lelaki

Sangat susah cari tajuk untuk entry ini....

Sebelum tu aku mau tanya "ADAKAH LAGI PEREMPUAN YANG BETUL2 BAHAGIA DENGAN SUAMINYA?".

Aku tanya ni bukan psl aku nda bahagia dengan suami aku (kadang2 ja) tapi melihat dunia sekeliling aku (keliling kamu nda tau la..) aku rasa macam tiada yang betul2 bahagia dengan suaminya... Ada juga yang nampak bahagia tapi aku nda percaya yang dorang tu betul2 bahagia walaupun sejak kenal orang2 ni dorang nda pernah menyuarakan keburukan suami. Aku tau hati perempuan, adakalanya suka duka biar dipendam saja jangan tunjuk dengan orang lain.. Wanita yang kuat jati diri, penuh keyakinan dan sangat berdikari. Jika ini ada dalam diri mereka, apapun masalah, bukan masalah lagi bagi mereka. Positive thinking bilang orang putih.

Oklah, point yang sebenar ialah rumahtangga. Kadang2 aku rasa perempuan kalau mau jaga hati, mau jaga diri baik jangan kawin sebab bila kawin kita nda akan tau nasib kita selepas kawin. Adakah bahagia atau sebaliknya walaupun suami kita itu ialah orang yang suka, cinta dan sayang sama kita. Bila sudah kawin lelaki akan mudah lupa semua tu. Ya bukan semua lelaki akan lupa tapi kebanyakan yang ada di sekeliling ku ialah dari golongan yang mudah lupa... Lelaki jangan marah saya.

Lagi satu perangai lelaki yang aku memang nda suka ialah "kamu sayang bini kamu?" "Ya, sayang bah, Adaka laki nda sayang bini?". Kononlah dia soal aku balik tapi hakikatnya 'sayang' itu hanya dimulut dalam hati lagi kita nda tau tapi melihat perlakuan jauh sekali. Bila ditanya "kau bilang syg bini tapi kenapa kau buat dia bgtu?". "Nda smestinya aku buat bgtu, nda sayang. lelaki ni biasalah bukan mau tunjuk." Pegi blahlah dengan ayat 'nda mau tunjuk' tu. BERAMBUS! Kamu kena percaya itu hanya muslihat dorang melalui kata2.  Kalau kamu nda percaya, cuba kamu ingat masa mula2 bercinta... Kata-kata sayang mereka sentiasa dibuktikan dengan perlakuan. Apa yang kita minta dorang turuti. Baru nda jumpa 2, 3 hari katanya 'abang mau mati'. Kalau kita nda mau jumpa dia bilang 'mau bunuh diri'. Pigi matilah kau!

okla, aku mau tanya lagi. KAMU SETUJU KA SAYANG ITU TAK PERLU TUNJUK DENGAN PERLAKUAN? Siapa setuju, bongoklah. Ya aku tau ada lelaki yang nda pandai tunjuk perasaan dia tapi itu sikit ja. Kebanyakannya pandai tapi bila sudah kawin, mau tunjuk tu dorang geli sudah. Iya geli. Kalau yang ada isteri tiada penampilan tu bulihlah diterima geli tapi kalau yang bini masih lawa tapi geli jugak, memang tiada otak! Ego nda bertempat.

Satu lagi senario yang selalu aku nampak dan dengar dari cerita... Seburuk2 suami, isteri akan layan bagai raja di rumah... Sebab hormat dan isteri itu beriman. Kenapa iman? Kamu kenal Fir'aun kan? Bini dia Asiah. Begitu kejam Fir'aun tapi Asiah sangat sabar orangnya. Sampaikan Allah cakap "siapa (isteri) yang bersabar dengan perangai buruk suaminya maka akan dapat pahala seperti Asiah". Nah mungkin itu pasal isteri tetap berbakti pada suami walau seburuk mana suaminya. Ada yang hari2 kena sepak terajang tapi masih juga taat..

Kedua, sebaik-baik isteri belum tentu dapat layanan baik dari suaminya. Ya suaminya. Bagi isteri yang duduk rumah/surirumah, selalu dipijak2 kepala. Tidak dihormati. Isteri minta duit kena maki. Lepas tu, ada silap sikit kerja rumah yang dibuat kena protes. Kalau kamu pernah baca ayat ini "kau nda layak jadi surirumah". Itu ayat contoh. Si isteri terpaksa diam ja sebab sedar bahwa dia hanya menumpang makan sama suami. Patutkah kita cakap menumpang?

Lagi bangang kalau yang isterinya sama2 bersusah payah kerja untuk membantu meringan beban suami dalam menanggung belanja rumahtangga tapi masih juga dipinggirkan suami. Balik rumah, isteri soranglah berperang di dapur, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, uruskan anak2 tapi suami hanya tau makan dan menghadap tv atau tidur. Kononnya itu suda kewajipan isteri. Isteri minta tolong sikit, merungut dan marah2. Kalau hujung minggu yang dia tau keluar jumpa kawan2 berseronok sesuka hati tapi perasaan isteri di rumah dia nda pernah mau ambil tahu.

Perempuan atau isteri bukan mau dilayan macam puteri.... Cukuplah kalau kamu berlemah-lembut dan menghargai pengorbanan dorang dalam keluarga. Janganlah kamu memperkecilkan isteri, kamu hormatlah dia walaupun dia bukan pegawai tinggi. Susahkah? Lelaki selalu cakap, "masak, mengemas tu tugas dia." Cari makan tu tugas siapa? Tapi kenapa isteri tolong kamu? Kalau yang surirumah pula. "ngamla semua kerja dia buat, dia tu bukan pandai cari duit sendiri". Jadi bagi kamu dia tu semata2 macam orang gajilah? Atau hanya pelacur untuk melayan nafsu?

Haih, kalau mau dihuraikan satu2 mmg nda abis tapi aku harap pada kebanyakan lelaki supaya sedar dirilah sikit. Zaman skg ni perempuan lebih maju ke depan dari kamu. Kamu fikir kamu siapa oh? Aku ada baca blog yg aku sudah lupa linknya yg mengatakan lelaki juga perlu ada Kementerian Pembangunan Lelaki sbb prestasi lelaki skg semakin membimbangkan. Makin ke belakang dari semua segi terutamanya dalam hal institusi rumahtangga. Yalor, kalau pemimpin jatuh, yg dipimpinnya macam mana pula? Mesti kucar-kacir. Negara tiada masa depan jika kaum lelaki dibiarkan begini. Takkan kamu mau wanita pula menyandang semua jawatan tinggi dalam pemerintahan negara. Adoi.

Maksud aku yang sebenar, sayangilah, hormatilah dan kasihilah isteri2 kamu. Dia banyak bekorban dan banyak membantu. Kejayaan kamu, kedudukan kamu bukan datang untuk kamu nikmati sendiri. Allah memberi itu semua kerana anak isteri kamu. Kamu layanlah isteri kamu sebagai mana dorang layan kamu.

12 comments:

~ As ~ said...

yg penting kita sbg isteri buat tanggungjawab kena ikhlas... jgn mengharap dr suami sbb dia pun manusia,sbb tu balasan dia tu kita nda puas hati. tapi harap balasan dari Allah... Suami yg nda baik, itu urusan dia sama Allah, kita tidak layak menghukum dia. Aisehhhh komen ustajah lg aku konon hahaha...

Fazil Hamid said...

hehehehe...nak komen ke tak ni...
nampak macam marah sangat...
takot aku nak komen...kang bertambah panas pulak...

ape pon...tenangkan diri...hirup udara yang nyaman...cube selami jiwa...selami lautan dalam...hehehe..

aku tak ingat dr surat mana..tapi Allah dah beritahu...Dia jadikan manusia berpasang-pasangan...perempuan baik utk lelaki baik...begitu juga sebaliknya...jadi..cube renungkan dan muhasabah diri...hehehe...

aku pon bukan baik...

SimplySeoul said...

Lelaki suka bagi alasan xmau tunjuk tu...alasan tu dah purba.

AjimGreen said...

wah..blog baru. yang lama ke mana~? shoutbox x letak~? (= udah follow ya!

Norhisham Nordin said...

tak semua laki camtu... sampai skang ni kalo mengemas rumah masih aku sendiri yg buat, isteri memasak sekali sekala jek, buat kerja sket dah penat & bila kehendak tak dituruti, mesti merajuk... bila laki cari perempuan lain yg menghargai, disalahkan lelaki... sdgkan suami sendiri tak dijaga rapi... aku tak pernah tipu atau main kayu tiga tapi kenapa salah sket terus nak perbesarkan masalah..?

Anonymous said...

quit ok...ermmm...not all..but a feww...mybe all..hahahaha speechless

abglan said...

Kejayaan lelaki memang banyak kerana perempuan, kegagalannya kerana diri sendiri... he he ape la diorg nih hu u hu

Aki said...

bagus.. ngam ni entry kak.. biar durang terasa.. Ho ho ho.. :-p.. si Aki ok jak.. :-p.. sebab merasa bertanggungjawab kan.. konon la.. hahaha..

nowriz said...

ingat lagu P.Ramlee.. sedangkan lidah lagi tergigit, apalagi suami isteri.. :)

umm.. mo bagi pendapat.. aku belum kawin lagi..

tapi pendapat aku.. try slow talk.. komunikasi..

hubungan suami isteri ibarat air laut juga.. kadang pasang kadang surut..

komunikasi 2 hala tu penting.. meskipun dalam keadaan genting.. jangan cetuskan perang dingin.. :)

dari pemerhatianku..
bila ada benda kita nda puas hati.. kita cenderung tuk memendam rasa.. kumpul2 rasa kecewa tu..

at the last. jadi gunung berapi, hanya menunggu masa tuk meletup..

mia said...

hye dear,
do visit my new collection,
thank you,
:)

Nani said...

Bila baca balik entry ni dan dpt komen dari kawan2 aku tergelak sendiri hehehe. Ya masa aku tulis entry ni aku mmg agak emo skit dan Fazil terus rasa tak mau komen takut tmbh panas hahaha. Ok apa komen kamu?

Nda semua lelaki jahat. Mcm sham pun bole tahan. Tabik lelaki baik mcm sham harap isteri tidak lupa diri dan mhargai suami spt sham.

Aki jgn kau terasa. Yg patut terasa hanya lelaki spt yg tersebut di atas sahaja. Aku cuma kesian sama kebanyakan perempuan yg baik2 tp dpt psgn hidup mcmtu.

As, ya hanya sabar sajala yg bole mengatasi keadaan tp sbg manusia biasa ada masa kita pun x tahan. Semoga wanita2 yg bernasib bgtu bertemu kebahagiaan secepatnya.

Slow talk? Kalau lelaki tu ego tinggi jgn hrpla bole slow talk sama dia.

miya said...

betul suma yg ko tulis di atas.. aku pun pernah terfikir gak benda yg sama. sebijik2 sama.

tp bila dh sejuk, hilang dibawa angin.

besok angin dtg balik, dtg lagi. huhu..


slow talk dlm angan2 jak, huhu..