Thursday 15 September 2011

Open House & Photoshoot

Terpaksa putuskan puasa hari ni sebab ada open house lepas solat Jumaat...
Dan aku ada photoshoot pada jam3 pm nanti..
Sempat ka pigi open house lagi ni?
Mau mekap lagi, rasanya aku nda sempat pigi la open house...
Atau photoshoot tu yang aku cancel?
Aik mana bulih...

Photoshoot tu ialah anjuran Hijaber's Community Sabah yang mana baru juga ditubuhkan di facebook pada baru2 ini.  Tujuannya ialah mahu menjalinkan silaturahim sesama muslimah dan ingin menarik minat muslimah yang lain untuk memakai hijab. Selain itu, HCS juga akan mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah dan kutipan derma yang masih dalam perancangan. Apa yang pasti, sudah 2 acara yang sudah diumumkan iaitu photoshoot pada hari ini 16 Sept dan open house pada 25 Sept nanti. Akan ada banyak lagi aktiviti yang sedang dirancang sebenarnya, Insya Allah semoga semuanya berjalan lancar.

Buat masa ni ahli untuk HCS berjumlah 411 tapi yang benar2 faham tentang HCS rasanya belum sampai 50% dari jumlah ahli. Aku pun mula2 kena add dulu hampir mau leave tapi syukurlah sebab aku sempat baca detail HCS dan terus mengikuti perkembangannya.

Adakalanya aku rasa aku terlalu excited dengan group tu. Ya memang. Bukan apa, aku memang sukakan aktiviti macam mana, keluar, buat event, jumpa orang, kenal orang2 baru dan bersosial. Dulu masa buat Elken, inilah yang selalu kitorang buat, ada event untuk wanita sahaja seperti Total Beauty Workshop selama 3 hari 2 malam. Best sangat. So bila dah pernah buat semua tu dalam tujuan bisnes, inilah masanya buat macam tu juga tapi untuk tujuan keagamaan.

Alhamdulillah.

No comments: