Friday 15 July 2011

Nur Kasih - Jom Kita Kritik!

Cinta Cinta Cinta! Takda Benda Lain nak Buat?



Drama cinta, filem cinta, lagu cinta, novel cinta... Apa lagi yang bukan cinta di persada seni tanah air? Semuanya berkisarkan cinta, baik seni muzik, penulisan, layar perak, dan sebagainya. Cinta seolah-olah menjadi nadi dalam dunia seni.

Hatta, akhir-akhir ini, novel cinta islamik terlalu banyak diterbitkan. Memang novel cinta islamik amat digalakkan untuk diterbitkan, untuk mendidik masyarakat tentang cinta suci suami-isteri. Tetapi, penerbitan novel cinta Islamik yang begitu 'pesat' nampak gayanya telah menimbulkan ketidakseimbangan dalam membentuk masyarakat menuju ke arah masyarakat yang Islami. Ini adalah kerana, umat Islam dibuai 'arus cinta sejati' setelah membaca novel-novel cinta itu. Lantas, kewajipan yang lebih utama seperti menegakkan sebuah negara Islam (Daulah Khilafah) telah diabaikan. Walhal, kewajipan menegakkan Daulah Khilafah adalah suatu kewajipan yang tertangguh, sejak 3 Mac 1924.

Sejak novel cinta Islamik seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul diterbitkan, para penulis berlumba-lumba untuk menerbitkan lebih banyak novel cinta Islamik. Ya, TIDAK DINAFIKAN, novel-novel ini sangat bagus, sehingga menjadi pencetus dalam jiwa masyarakat. Tetapi, mengapa para penulis novel yang berlumba-lumba ini tidak menjadi pencetus kebangkitan umat Islam di serata dunia? Adakah umat akan bangkit dan menjadi gagah perkasa dengan bercinta sepenuh hati dan mengalunkan bait-bait sajak yang puitis lagi romantis di hadapan kekasih hati mereka?

Lihat, penerbitan novel cinta Islamik yang tidak seimbang (berlebih-lebihan) juga mampu untuk melalaikan masyarakat. Apa lagi bahan-bahan hiburan cinta yang tidak Islami? Tiada langsung unsur-unsur aqidah, hukum syarak, dan akhlak dalam hiburan cinta masa kini. Mana mungkin masyarakat akan dibentuk menjadi masyarakat Islami dengan hiburan cinta ini?


Entah apa yang berlegar di fikiran penggiat seni tanah air. Pemikiran mereka masih dibelenggu arus hedonisme dan pemikiran yang berlandaskan manfaat semata-mata. Ya lah, manfaat dari segi keuntungan hasil daripada penjualan novel-novel, lagu-lagu, dan sebagainya. Sepatutnya, mereka menggunakan kemahiran seni yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menggerakkan umat menuju kebangkitan yang hakiki, bukan melemaskan masyarakat dengan bait-bait puisi cinta yang menghanyutkan.

Lagi, mungkin kita terlepas pandang. Akhir-akhir ini terbit (dah tamat dah pun) drama dan filem 'cinta islamik',Nur Kasih. Apa lagi kalau bukan berkisar tentang cinta. Cinta cinta cinta. Lebih menggeletek, kononnya drama dan filem ini membawa mesej Islam. Sedar mahupun tidak, drama dan filem ini cukup mengelirukan masyarakat. Kononnya mereka membawa mesej Islam yang syumul, walhal, mesej Islam itu dirosakkan dengan adegan-adegan 'yang sangat Islamik', iaitu berpegangan tangan dan bersentuhan sesama mahram. Bukan itu saja, adegan mendedahkan aurat juga tidak terkecuali. Alahai, Islamiknya drama dan filem ini!

Apapun, inilah realiti persada seni tanah air. Masih belum dapat melepaskan diri daripada belenggu dan ikatan hedonisme. Semuanya gara-gara penerapan hukum sekular oleh pemerintah yang jelas terpampang kebobrokan mereka. Berhibur tidak dilarang dalam Islam, tetapi mestilah mengikut panduan daripada Yang Maha Bijaksana. Tetapi, hukum-hakam Islam mustahil untuk diterapkan tanpa adanya Daulah Khilafah.
sumber :http://www.soutulmujahid.com

*******************************************************

Aku paling tak berkenan kalau yang berlakon tu adalah pelakon yang tidak bertudung. Itu yang berlaku sentuhan tu, lebih suka filem Syurga Cinta yg bukan filem Islamic tapi lakonannta tulin sebagai orang yang beragama kerana Heliza mmg seowrang wanita Muslimah....

Dari drama hinggalah ke filem, aku tak pernah menontonnya. Alhamdulillah..

2 comments:

Anonymous said...

yg pling best ketika cinta bertasbih..x ada sentuhan, x ada buka aurat walhal dalam lakonan tersebut mereka melakonkan watak sebagai suami isteri.aku da tgk dr kcb1, kcb2 + kcb special ramadhan.nanti mo tgk lg yg bru kelauar kcb sinambungan dr kcb sp rmadhan.

Nani said...

peminat juga rupanya hehehe.....