Friday 8 July 2011

Tak Mau Pening-Pening

"Huh, kita ada banyak pilihan dalam hidup. 
banyak keputusan perlu dibuat. 
banyak hal perlu difikirkan tapi aku nda mau fikr banyak, 
buat keputusan yang simple dan 
pilih jalan yg mudah dulu."

Itu antara petikan status FB aku semalam yang mana ada kaitannya dengan aku menapis semula senarai rakan dalam FB...
Mana yang kurang kenal, nda kenal langsung, kenal tapi jarang komen atau langsung tak pernah komen adalah kriteris rakan yang perlu diremove..

Ada juga kaitannya, bila ada yang cuba mesej2 tapi aku pandang sepintas lalu dan buat-buat mesej (fb) tu nda pernah muncul kerana ingin mengelak topik yang belum sepatutnya aku mau bincang buat masa ini.

Dan juga kaitannya, bila FB ku on 24 jam tapi hanya post beberapa status sehari atau langsung tak post apa2 hanya baca status kawan-kawan. Ini adalah lebih baik dari aku langsung tak online beberapa bulan yang lepas atas alasan seperti status di atas.

Kamu faham tak? Macam rumit ja kan? Hehehe...

Aku pun kurang pasti sejak bila aku jadi orang yang kurang berfikir... Sebab aku memang banyak fikir punya orang... Ada ja yang terlintas difikiran.. Lepas tu bila terlintas, rasa nak buat sepantas kilat.. Tapi yang pasti buat masa ini, aku mau slow... Slow.... dan slow...

Aku faham ada individu yang sentiasa ingin memberi dorongan untuk aku ke depan tapi hanya aku sendiri yang tau di mana kedudukan aku sebenar maka biarlah keputusan untuk apapun terletak ditangan sendiri. Aku serik mau stress-stress macam dulu... Alhamdulillah sejak berhijrah kehidupan berambah tenang... Meninggalkan sementara tuntutan duniawi adalah sesuatu yang menenangkan.


Apa yang aku tau, aku masih ada hala tuju, matlamat, semangat dan perancangan.
Cuma masa saja yang belum sesuai.. So tunggu dan lihat jalah.


Peace!!!

No comments: