Thursday, 21 July 2011

Yang Ni Aku BERKENAN: Tips memakai tudung Syria yang SUPERB!


Assalamualaikum.
Dewasa ini, email aku sering basah kerana dihujani pelbagai soalan-soalan yang menarik tertarik kaw mmg da bomb la wey. Ada suara-suara (ecece suara kaw) yang mengatakan bahawa aku pakai tudung syria nampak smart la sebab tak melekap kat dahi pastu sesuai sebab muka aku bujur dan pipi aku tak tembam. Salah tu. Siapakah gerangan yang cakap pipi aku tak tembam?? Terguris taw tak sebab pipi aku ni dah terang lagi bersuluh tembam nak mampos.



Kaw tengok ni kaw tengok ni..dah macam pinggan taw tak (-_-)


Tapi tidak apalah pipi tembam mungkin ada hikmah contohnya kalau nak tdo kat meja dalam class tu tak sakit sangat sebab pipi ni dia bertindak sebagai penebat dan pengurang friction antara tulang muka dan meja. Disebabkan muka dah bulat cam pinggan tapi nak pakai juga tdung syria, jadi harus berusaha sehabis mungkin supaya muka nampak bujur. Sapa terasa, dia patut ikot tips aku nak bagi ni hehe.....



Tips 1 : beli anak tdung kain COTTON. kerana dia selesa, serap peluh, senang dibentuk dan elastic. Siyes weyh, aku suka anak tdung syria yang cotton. Memang senang bentuk !

Tips 2 : kedekut gila, tips ke-2 pon pakai gambar yang sama...hahaha. Ok kalau anak tudung tu ketat (biasa beli2 mmg dah ketat sampai melekap kat dahi pastu keliru eh ni muka ke bola), korang jangan lupaTETAS JAHITAN KAT BHGN BELAKANG anak tudung tu. kalau korang tengok gambar kat atas, ada nampak kan aku tetas sikit. masa nak tetas tu, jangan tetas banyak-banyak, tetas sket & try. tetas sket & try smpai la korang dapat bentuk muka yang korang nak.


Tips 3 : Ha...aku tak bapa suka jenis kain macam anak tudung kat atas ni..dia licin, susah nk bentuk pastu kalau tetas dia jadi tajam gila rasa macam boleh mencederakan orang lain pulak. Kalau aku lah...bila pakai jenis yang ni, dia suka bergerak-gerak dan tak istiqamah cam kain cotton. Pastu mulala rasa tak selese.




syria cotton hitam. darkness


syria cotton purple. bengongness


syria cotton dark green. Sweetness


syria cotton pale purple marble. Ayuness.

muke tak nmpak bulat kan kan? ahakz best gle tak yah buat plastik sejeri pon muka boleh nampak kurus. anyway aku beli suma anak tudung syria on9 ja kat akedsyria.blogspot.com in case kalau korang nak tau. tapi banyak je orang len jual kat facebook aku tengok. bole la usha. ok itu saje. selamat mencuba rakan-rakan :)

2 comments:

Fazil Hamid said...

wah...boleh jd duta product ni...hehehe..

Nani said...

dia mmg model kedai2 jual tudung pun... follower blog ni 27 ribu org ok!