Friday, 15 July 2011

Cincin Datin Seri Berharga RM24juta...!


Semalam terbaca tentang ada pihak nak SPRM buat siasatan berkenaan Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa dikenakan duti.. Tapi walaupun terkejut dengan berita ni tapi malaslah nak ulas lebih lanjut, kita dengar dan lihat saja apa cerita seterusnya....

Yang aku nak muatkan kat sini ialah tentang KAYA...

Kalau kita kaya atau korang kaya atau aku sorang je kaya, adakah kita, korang atau aku akan manfaatkan kekayaan itu pada tahap maksimum....
Kalau nak shopping, angkut satu bumi ni pun tak kisah bawa ke planet lain.
Hinggakan berlaku seperti kes di atas, hanya sebentuk cincin pun bernilai puluhan juta ringgit..
JUTA tu beb, bukan ribu, bukan ratus ribu...

Hari tu member citer kat aku, dia ada family orang kaya.
Time kawin, cousin dia tu tempah pelamin berharga RM250 ribu!
Mahal gilos!
Aku terkedu tak tau nak cakap apa... Yelah, duit dia bukan duit kita...
Cuma bagi kita yang pernah merasa susah, atau sering melihat kesusahan orang lain, nilai tu sangat bermakna... Nilainya boleh memerdekakan beberapa orang daif di negara kita.
Ini pula hanya sebentuk cincin bernilai puluhan juta.
Dah boleh buat satu bandar kalau duit tu digunakan untuk pembangunan...
geleng kepala sajalah.

Dalam hati aku ni, kalaulah aku diberi peluang untuk jadi kaya, tak perlulah rasanya aku nak pakai barang ratus2 ribu ni, juta jauh sekali...
Cukuplah kalau aku ada 2, 3 buah rumah yang sederhana mewah, ada tiga jenis kereta termasuk kereta ni ------->
                             

Pastu aku just nak simpan 1 juta dalam akaun simpanan, dan mempunyai duit poket setiap bulan RM10 ribu.

Hoooo, sangat tak demand ok. Bukan apa, takut kalau kita terlalu kaya, sifat pemurah itu hilang sama sekali dan juga sifat belas-kasihan lenyap dari hati.

Manusia, semakin dia rasa dia boleh, takde benda yang dia nak lepaskan sebab kita tak akan puas...

Allah tidak melarang kita jadi kaya-raya tapi harus kita ingat, segala kesenangan adalah ujian yang besar pada setiap manusia yang dikurniakan rahmat itu.

Oleh itu, biarlah kita hidup secara sederhana walaupun mungkin kita mampu untuk hidup lebih sempurna..
Kalau memang kita ditakdirkan hidup senang, bersedekahlah sebanyak mungkin...

Kalau aku kaya, aku nak buat satu sekolah tahfiz kat daerah aku secara percuma yang besarnya menyamai satu sekolah menengah... Amin.

6 comments:

abglan said...

Wah.. Nani post dah makin matang.. :)

Nani said...

Alamak, malu! hihihi....

catherine- said...

ai like this post!

Nani said...

tq Rin....

SimplySeoul said...

250 ribu? Ni 18 orang besanding ka? Punya lah mahal....

Suci niat itu. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki

Nani said...

Simply: itu la pasal.... pelamin ja pun suda gitu...