Sunday, 24 July 2011

Belajar Tentang Solat Dhuha

Aku mengaku aku sangat cetek ilmu bab-bab agama.
Kalau bab solat aku hanya pasti dengan solat wajib tapi tidak seberapa kepada solat2 sunat.
Jujurnya, aku juga tak pandai mengaji dan hanya belajar hingga Iqra 4 saja dulu.
Kami dibesarkan di sebuah perkampungan yang bukan Islam.
Parents pula orang mualaf so hanya belajar bab agama yang asas sahaja.
Sudah tentu di kampung itu tidak ada kelas mengaji dan tidak pula belajar semasa sekolah padahal ada kawan yang dah khatam berkali-kali. Hah, baru ada rasa menyesal.

Dalam tingkatan dua, aku menghafal semua bacaan solat dalam bacaan rumi melalui sebuah Muqaddam lama milik mama. Alhamdulillah, akhirnya bacaan diperbaiki dengan mendengar cara bacaan orang lain yang lebih mahir. Semoga Allah menerimanya.

Tentang solat Dhuha ni, aku selalu dengar "luangkanlah masa kamu bersolat sekejap sebelum Zohor". So aku rasa tertarik dan pernah terbaca ada ofis yang menggalakkan staf yang beragama Islam menunaikan solat Dhuha lalu menyediakan surau.

Maka pada hari ini, aku betul2 nak tau tentang solat ni dan ternyata sangat mudah dan sangat banyak fadhilatnya... Alhamdulillah, dibukakan hati menerima ilmu.

 Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan 


barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan 


barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, 


barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan 


tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

2 comments:

Fazil Hamid said...

alhamdulillah...same2 kite menambah ilmu..

abglan said...

mekasih share..