Monday, 25 July 2011

Haaa... Puas?

Semalam dah tengok wayang kan?
Sepatutnya hari ni duk umah ja... Bajet nak rehat puas2 tapi godaan nak keluar tu ada ja.
Kali nak nak ke Taman Tun Fuad Stephen yang hanya beberapa km dari rumah tetapi dipandang sebelah mata.
Ramai orang cerita tempat tu lawa dan mendamaikan tapi bila saja ada niat nak ke sana, asyik tertangguh oleh jadual lain.
So hari ini, kami laki bini bulatkan hati untuk ke sini juga akhirnya...

 Dimulakan dengan wajah terbaru Nadia... Hari ni mak dia tiba2 rajin ikatkan rambut budak ni... Budak ni tak betah rambutnya diurusin...

 Taman ni kawasan bukit...

 Ni laluan untuk joging dan jalan kaki. Basikal tidak dibenarkan..
 Pintu masuk ke water world tapi lupa pula tanya berapa bayaran masuknya...
 View mengintai dari celah2 pagar... Panjang dah mula gatal hati nak mandi tapi tahan hati ja...
 Tengah2hari pun ada orang mandi... Huh, nafsu dah meluap2 ni ....
 Rasa nak terjun ja...
 Besar jugala tasik tu... Kalau nengok pada airnya, tasik ni semulajadi...
 Macam dalam ja airnya...
 Pondok di sepanjang jambatan... Hm, bestnya dating ngan suami di sini...
 Hutan yang dipelihara daripada penceroboh....
 Tengok tu, atuk dan nenek Chinese kita pun dating juga....
 Restoran berbentuk kapal... Sangat klasik... Kawan cakap makan kat sini mahal tapi nanti nak survey harga juga. Kalau mampu, nak juga rasa makan sini. dia jual makanan seafood.
Dah penat jalan, tekak haus kitorang mengakhiri aktiviti kali ini dengan makan ABC... Alhamdulillah... Tu dia rambut Nadia, dah serabai balik. Bertuah anak aku.

Oleh kerana bila waktu Panjang bekerja, sudah pasti kitorg berkurung dalam rumah dan tiada entry bergambar, so bila ada kesempatan, muntah entry dengan gambar... Balas dendamlah katan kan... Hehehe.

3 comments:

Izah Johan said...

wow!!! mcm best... nanti kita g situ... nnt aku balas balik enrty kamu nie pasal picnic kami di hujung minggu pulak yer.. jgn jeles.... :P

Fazil Hamid said...

wah best...
kat sane maseh banyak tempat2 macam ni..
kat sini semue dah abis...hurmmm...

abglan said...

Anak aku asik ajak g picnik... bestnye..