Thursday, 4 April 2013

Subuh Jumaat

Rasa minggu ni cepat betul berlalu. Malam isnin lepas aku demam, hari selasa tu aku paksa ja buka kantin. Sakit2 gitu dptla jg aku masak nasi dan lauk sb skg ni aku mau seminggu sekali gitu mau buat nasi campur utk guru-guru. Kesian tekak dorang merasa mknn goreng2 ja hari2. Ok jg la, lauk abis jg, aku masak kacang buncis tumis sos tiram dan ayam masak merah ja.

Cakap pasal ayam, naik aa harga ayam skg. Adui, 2kg/pek tu ba anduu, berapa ketul sja pahanya. Adeh. Bkin sakit hati membeli.

Ok yg Rabu pula, ada rsa bagus skit tp malam selasa tu mmg aku sakitlah. Smp baring pun sambil nangis2 lg. Aku malas mau pg hospital tp mentua risau so pg sja la. Sekali tu, aku disahkan jangkitan kuman dalam salur kencing yg peliknya dia x test pun kencing ku, pegawai perubatan terus sahkan melalui simptom sja. Dibagilah aku ubat panadol, antibiotik dan pencuci kencing tu. Aku x sentuh pun ubat2 tu. Yg utk alkalikan kencing tu aku mnum skitla sbb si Panjang paksa minum pastu ketiga2 ubat tu aku campak dalam tong sampah. Hm, memang menyampah aku sma ubat2an ni. Konon, padahal supplement bukan selalu pun mampu membeli hihi.

Aku ni kan kalau sakit cara ku sng sja. Tunggu sampai tiga hari tanpa ambil sebarang ubat2an. Selalunya klu just demam2 biasa, lps 3 hari dia baik. Yg aku perlu buat, selama 3 hari tu aku rehatkan diri sja. Baring kalau mau baring. Selain dijangkiti virus, bagi aku demam juga disebabkan oleh penat. So kasi peluanglah bada kita ni rehatkan. Jgnla dibebankan lg dgn ubat2an kalau tidak memerlukan sgt. Ramai org aku tgk, sakit skit panadol, sakit skit, panadol. Yg aku heran, yg selalu ambil panadol tu bnyk kali sakit dlm setahun. Aku yg jrg mkn ubat ni kdg langsung xda demam dlm setahun tu. Tu la aku makin pcya, mgkn badan penat. Panadol tu pain killer. Bila mkn sakit hilang jd kau pun teruslah buat keja. Mana la badan dpt rehat mcm tu. Tu yg bnyk kali sakit. Cewah, memandai ja.

So kemarin, khamis aku dengan jayanya beroperasi seperti biasa di kantin. Tapi aku slow2 sja la wpun bdn rsa sihat sdh. Aku just mnum panadol soluble sb aku xtahan sakit blkg pinggang, tekak dan sakit kepala. Kalau aku masih tahan tu, mmg aku x ambil panadol. Hihi. Zumba pun aku off jg kmrn, insya Allah sabtu nanti baru aku join balik.

Hal-hal lain (macam baca minit ba), semalam kecoh sudah di fb pasal pengkebumian pengganas sulu yg 5 org kalau x silap di Pitas. Ramailah yg marah psl benda tu. Hmmmm, aku xtaulah. Kerajaan ni suka buat kontoversi. Baguslah sudah bubar. Berabislah kamu bekempen. Kasi limpas2lah ni perang politik. Malas suda aku. Aku pun xtau knp x disekalikan sja kebumi di Tanduo sekaligus buat memorial. Ni dikuburlah pula merata tempat di Sabah. Mmglah org awam marah. Pandailah kamu.

Pastu lg satu. Video tangkap basah 2 budak remaja couple dan buat maksiat dalam hutan diupload dalam fb. Hm, aku setuju juga abang tu tangkap dan marahkan budak2 tu cuma ralatnya bdk perempuan tu separuh bogel ba. Sepatutnya, suruhla dlu budak tu berpakaian baru marah2. Pastu upload lagi tanpa edit. Ndala nampak budak tu telanjang sb dia cover jg kakinya tu dgn seluar tapi yg menangkap tu pasti nmpk jg. Mula2 aku tgk pun, nda perasan budak tu rupanya cuma cover kakinya dgn kain seluar yg sdh dibuka. Alahai...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: