Beberapa hari berfikir...
Dari apa yang aku lalui sejak beberapa tahun lepas, konflik remaja pastu konflik rumahtangga, kekeluargaan, kerjaya, uh macam2 berlaku. Garam demi garam aku makan. Sedikit demi sedikit membentuk jati diri dan mungkin kesannya mulai kelihatan.
Aku dibesarkan dgn kurang sokongan dari bapa, setiap apa yang dilakukan dikritik, kritikan memusnah bukan membina cuma bergantung kpd penerimaan ku. Aku jadikan kritikan sebagai satu pencabar supaya aku perlu buktikan sesuatu. Aku biasa mendapatkan apa yg aku mau dengan azam dan keyakinan sendiri, aku tidak suka mengikut rules orang lain. Selagi aku merasakan apa yg aku buat ialah baik dan bukan sia2, bulihlah kamu katakan aku ni orang yang degil tapi masih bertempat.
Aku masih bulih menerima kesilapan diri, aku masih bulih ditegur tapi aku suka cara berhemah. Semua orang pun suka. Aku hormatkan orang lain biar siapa pun dia asal bukan penjenayah maka aku pantang kalau orang tidak menghormati siapa diri aku.
Orang nampak aku steady tapi sebenarnya aku sedang bergelut untuk membina hidup dan membuat pencapaian diri. Aku rsa masa dah suntuk sangat, aku mau menjadi seseorang pada umur tepat 30 tahun, strictly! Aku desak diri utk mencapainya dengan waktu yg tepat. No excuse, patutlah hebat tekanannya.
Dalam bergelut mengejar yg dicapai sedikit mengubah peribadi ku, aku hadkan pergaulan. Aku jadi selektif dalam bersosial. Aku nda akan nmpk ceria depan org yg bukan aku pilih, aku akan jadi pendiam sangat kepada orang yang aku rasa tidak sekepala dgn aku. Apa yang bimbang kalau aku tidak kenal diri aku lagi sebab manusia akan berubah dari semasa ke semasa sejajar dgn pengalaman masa lalunya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment