Aku bukan mau sangkal kenyataan di atas tapi berdasarkan senario masa kini, restu/tidak bkn lagi penentu kebahagiaan dlm rmhtga. Betulkan jika tanggapan ini silap.
Begini baitu.
Kalau kawin dengan restu pastu kau laki bni begaduh hari-hari, kau buli merajuk balik rmh mama bpa pastu cakap laki kau jahat macam hantu, lalu mama bapa mu gigit lidah sendiri sebab rasa bersalah kerana itulah menantu pilihan (selalunya yg direstu ni drg berkenan sgt dgn calon tu dan berusaha spya bulih jadi laki kau). Lagi gigit lidah kalau dorang sendiri aturkan jodoh kau itu.
Berlainan pula kalau kau kawin dgn laki yg kurg direstu cukup setakat bapa kau jadi wali semasa nikah tp hatinya hancur berkecai kerana kau kawin dengan lelaki yang dia x suka. Abislah kau!
Kalau kamu gaduh, tebal muka mu mau balik rmh mama bapa sebab kau yg gigit lidah nanti menanggung rasa berdosa kerana kawin dengan pilihan sendiri. Kalau dapat mama bapa yang berdendam kesumat, nah dptlh kau kata2 hikmah yang istimewa.
Bukankah situasi itu sama saja?
Cuma bezanya kalau pilihan mama bapa ni, bahagia atau nda bukan kau yg tanggung. Dorang yang tanggung. Kesian dorang kan...
Tp kalau soal jaminan bahagia atau nda bahagia itu bukanlah terletak pada restu semata-mata. Perjalanan hidup kita sudah diatur oleh Allah yang Maha Esa.
Ramai juga pasangan yg direstu aku tingu masih hidup merana, dan ramai jg pasangan yg nda direstu tp akhirnya berjaya dlm hidup dan bahagia.
Mungkin buruk di mata orang bila kita kawin dgn tanpa/separuh restu org tua tapi kita sama-sama manusia. Sama ada direstu atau nda direstu dugaan berumahtangga tetap akan datang. Wpun jodoh kita bkn pilihan keluarga namun mgkn itulah jodoh pilihan Allah utk kita.
Tapi sebagai anak, adalah sangat mulia jika berkorban perasaan untuk menggembirakan mereka. Adakala ibu bapa kita salah menafsir cara untuk membahagiakan anak, tapi adalah lebih baik kalau kita menjadi anak yang patuh. Cuma di sini aku mau menyangkal bahawa restu pada jodoh kita bkn penentu bahagia tapi kena ingat, kawin dgn restu adalah lbh baik.
Cc: Shila Amzah (tiba2 hahaha).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment