Kunun baitu ber'nak2 padahal dalam bahasa Melayu Sabah, mau.
Selama aku hidup ni, sudah banyak kali aku ke sesuatu tempat yg mana aku suka tempat tu dan mau stay lama tapi tak bole. Nda bulih.
Pernah dlu masa cuti panjang time form 4, aku ikut kawan ke Kudat. Kamilah satu geng pi sana mau cari keja sementara cuti.
Nda taulah, kami dulu dari kecik-kecik suka mandiri.
Form2 suda pandai piknik di air terjun dlm hutan, dan buat ekspedisi di suatu kampung yng geografinya ialah tanah tinggi (berbukit).
Di Kudat tu, sebulan ja stay sana rasa macam diri lahir di sna. Kejiranan dan family kawan yg sgt frnly lagi penyayang. Aku btl2 mcm x mau balik rumah sendiri masa tu tapi... Kau kecik lagi dik. Tunggulah masa mu.
Pastu time aku study di Melaka 2002-2004. Aku betul-betul suka bandar tu. Best sangat. KL aku nda suka, Melaka best! Aku sdh planning akan abiskan study sampai ijazah dlm bidang Sistem Maklumat (perkomputeran/kesetiausahaan), keja di Melaka dan terus menetap di sana hingga tiba masa balik ke kampung halaman, namun gagal. Bapa ku nda restu aku belajar di sana. Maka di sinilah aku hari ini.
Sekarang pula, setiap kali isnin bermula, aku sedih bila akhirnya putaran bumi sampai ke hujung minggu. Kalau bulih aku mau hari jadi pendek ke 5 hari sja. Aku nda mau ada sabtu dan Ahad. Pasal apa, sabtu dan Ahad memaksa ku untuk balik ke rumah yg aku rasa bukan lagi syurga dunia ku. Skrg, syurga ku ialah di kampung yg aman damai ini. Dan kali ini aku nekad dan tekad tidak akan lagi meninggalkan tempat yang memberiku kedamaian. Ya tidak akan lagi...
Aku akan di sini, sini dan sini...
Aku mohon, jangan rampas kedamaian ini lagi.
Hanya doa mampu ku lafazkan.
Ya, Allah. Permudahkanlah urusan rumah ku. Berkatilah usaha ku. Aku mau temui kedamaian hati ku di sini. Ingin bersamanya selama Engkau panjangkan umur ku. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment