Dulu laki aku memang bercita-cita tinggi mau jadi pemain bola negeri dan kebangsaan. Ianya tercapai di peringkat sekolah menengah kemudian terkubur semasa remaja hinggalah sekarang. Namun di kampung, setiap anjuran piala dorang nda missed ikut dan di daerah Pitas, team dia merupakan team kedua teratas. Setiap anjuran besar klu bukan johan team dia akan jadi naib johan.
Pada satu hari, seorang bekas coach kelab bola sepak di Norway, Harald Vinnes juga seorang konsultan perniagaan datang ke Pitas untuk mencari pemain bola sepak yang berbakat. Laki aku mengikutinya dan terpilih. Si Harald, 58 tahun ni sudah dilantik oleh SAFA Kudat sebagai pengurus dan ketua jurulatih untuk menubuhkan kelab bola sepak bagi menyertai Liga Perdana 2014. Kelab ini nanti di bawah naungan syarikat si Harald, pemain akan dibayar gaji tapi setakat ini kelab ini belum didaftar secara rasmi dan sebarang bayaran kepada pemain pun belum dibuat kerana bajet untuk kelab belum sampai.
Sekarang separuh pemain tinggal bersama di rumah coach dan makan minum sendiri tanggung. Sudah 3 minggu dorang menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebagai meningkatkan kemahiran bermain. Sesetengah pemain yang berbakat belum berpengelaman luas bermain di padang dan mereka masih di peringkat pendedahan dan pembelajaran teknik permainan.
So, bila tiada sebarang bayaran dibuat malah makan minum adalah tanggung sendiri dan juga pengangkutan, aku rasa hal ini membuang masa dan merugikan.
2 minggu angin ku kurang baik terhadap suami sebagai tanda tidak setuju bila dia meneruskan latihan di daerah Kudat (2 jam perjalanan dari Pitas). Minggu ke3 iaitu minggu ini, pada Rabu lepas aku membuat kunjungan ke Kudat. Berkenalan dengan coach dan semua pemain malah tinggal serumah dengan mereka selama 2 malam dan menyaksikan 2 persahabatan dan sekali latihan bermain dan sekali latihan kecergasan di tepi pantai.
Dalam masa 4 hari, persepsi ku pada penglibatan suami kali ini benar-benar berubah kepada sokongan hampir 100% ! Kerana melihat semangat dan kesungguhan dorang pada permainan. Bakat-bakat muda yang mencuit hati bila melihat dorang beraksi dipadang amat-amat menggamit rasa.
Betul kata coach, masa depan bola sepak di Malaysia cerah namun banyak dipolitikkan. Penglibatan swasta masih kurang lalu membataskan perkembangan sukan ini ke peringkat lebih tinggi sedangkan bakat di sini sangat semulajadi.
Kerajaan bukan tiada peranan di sini, ada dengan peruntukan-peruntukan tertentu tapi bila orang-orang yang terlibat tidak berjiwa sukan sepenuhnya hanya berjiwa duit maka, inilah jadinya. Semuanya tidak ke mana. Bakat-bakat muda tidak dapat didedahkan sepenuhnya. Potensi yang ada dibazirkan begitu saja.
So aku doakan supaya Allah melimpahkan rezekiNya kepada pasukan ini. Semoga coach Harald boleh merealisasikan kelab ini seterusnya berjaya menyertai Liga Perdana 2014 dan memberi pendapatan lumayan kepada pemain!
Wahai pemain Kudat Vickings, bersinarlah... Bersinarlah...!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment