Allah menciptakan manusia dengan amanah dan tanggungjawab. Kita adalah hambaNya dan kita ada kewajipan kepada agama. Selain itu, selepas Adam dan Hawa diturunkan ke dunia, manusia mulai mempunyai kewajipan duniawi pulak. Kita ada perjuangan hidup dan semakin lama, zaman semakin berubah.
Kalau dulu manusia hanya hidup untuk membiak dan meneruskan hidup tapi kini manusia mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup. Inilah perubahan zaman yang berlaku.
Kni kita perlu bersekolah, bekerja kemudian berkahwin dan mempunyai anak. Dalam mengharungi hidup berbagai rencah hidup kita akan hadapi. Pahit dan manis, suka duka dan macam-macam. Tiada manusia yang tidak diberi dugaan di dunia ini kerana kita semua hamba Allah dan Allah Maha Adil cuma setiap dari kita ada cerita berbeza.
Jangan mencemburui kebahagian orang lain, dan jangan terlalu meratapi kesukaran hidup yang kita hadapi. Allah Maha Mengetahui tapi percayalah kita semua manusia biasa, kita semua akan menghadapi waktu-waktu sukar kita. Kita harus berpijak di bumi nyata. Kita mungkin tidak lahir sebagai orang kaya, orang cantik atau berbagai kelebihan yang menonjol tapi hidup kita ada keistimewaan tersendiri yang belum pasti ada pada orang lain.
Aku juga sudah melalui pelbagai kesukaran. Anataranya, pembelajaran, percintaan, pekerjaan dan kini perkahwinan. Bila diusia ini, cabaran utama ku ialah untuk mencapai sesuatu dan ingin menghadiahkan rasa bangga kepada orang tua. Bukan aku saja mungkin anda-anda semua juga begitu.
Ya ada kesukarannya... Apa yang penting kita bukakan minda kita, positifkan pemikiran kita dan jalani semuanya dengan hati yang rela. Mengadu kepada Allah, insya Allah ada jalannya.
Selamat berjuang!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Love dis entry, nani.
Post a Comment