Saturday, 23 March 2013

Majlis Kahwin: Adakalanya Kita Jangan Berkira Pasal Duit

Musim kawin telah tiba. Cuti seminggu sudah tentu majlis ada di mana-mana. Yang kita kenal ataupun tidak. Yg kita dijemput ataupun tidak. Dlm fb rakan2 mengupdate beberapa majlis yg dihadiri masing2. Selamat pengantin baru kpd yg melangsungkannya hari ini.

Secara umum aku mau selitkan sesuatu sempena musim kawin ni.

Aku tak tau kalau bacaan ini sesuai untuk semua tapi di kawasan setempat ku ini mungkin sesuai utk dijadikan sedikit pedoman. Nasihat untuk diri-sendiri jugak.

Sejak terlibat secara langsung dalam perniagaan yg berkaitan dengan perkahwinan, banyak gelagat yang diperhati.

Majlis vs keluar duit banyak.

Majlis vs mau segala2nya perfect.

Majlis vs servis dari perniagaan yang berkaitan, kanopi/pelamin/katering dll.

Zaman masa kini budaya gotong-royong adakalanya sukar di lihat disesuatu kawasan. Mungkin faktor dari kita sendiri yang malas tunjuk muka di majlis orang maka orang juga xmau tunjuk muka di majlis kita.

Boleh jadi juga kita sentiasa memenuhi undangan setiap majlis kenalan tp ternyata kenalan kita tidak membalasnya dengan memenuhi undangan kita pula.

Mungkin juga kita memenuhi undangan tapi hanya dtg, duduk, makan kemudian pulang tanpa menyumbang sama ada duit ataupun tenaga maka org juga akan membalas perbuatan yg sama. Maka jika ini berlaku, apakah yag patut kita harapkan agar majlis berjalan dgn lancar sedgkan kita senang-lenang tidak terlalu pening mempastikan majlis berjalan spt yg dirancang.

Kalau kita bukan org mampu, maka ringan2kan kaki dan tangan ke majlis kenalan dan bantulah apa yg patut di bahagian dapur. Jika x mampu menghulur tenaga maka hulurlah ringgit seberapa yang kita mampu dan sesuai dgn majlis.

Di majlis kita juga begitu. Jika rasa2nya kita malas untuk mengatur segala perjalanan majlis, silalah ringan2kan tangan melayangkan sedikit wang ringgit dan amanahkan tugas berbayar kepada sesiapa yg berkenaan.

Jika malas masak, hubungi katering runding harga makanan dan servis melayan tetamu makan sekaligus supaya kau tidak berdengus bila katering sampai, ampai makanan dan terus hilang! Kau terpinga2 apa nak buat dengan longgokan periuk belanga yang penuh dgn nasik dan lauk-pauk. Oh baru teringat, aku hanya bayar upah memasak! Kemudian kau suda pening mau suruh siapa handle periuk belanga tu sedangkan tetamu yg hadir hanya tau duduk menanti majlis bermula. Yang ada pun orang2 tua sahaja... Nda kau bingung? Tiba-tiba kau menympah seranah si katering sebab begitu biadap di majlis mu. Ya terus lupa kau hanya bayar utk upah masak! :p

Kedua, untuk setting susun-atur kedudukan majlis; bangku, meja dll.

Jika sedar kau tiada kakitangan yang bertugas silalah berunding dan ringankan tangan kepada penyedia kanopi untuk mengatur secara keseluruhan susun-atur majlis yang tidak termasuk dalam perkhidmatan mereka supaya, kau juga tidak terpinga-pinga meja tetamu sudah cantik tapi kerusi-kerusi yang mungkin disewa/dipinjam di pihak lain masi bertaburan. Anak mahupun menantu yang sepatutnya boleh diharap melakukan tugas itu hanya berdiam diri. Berasa canggung melakukan kerana tidak biasa bergotong-royong.

Pokok pangkalnya, ringankan tangan untuk melayangkan beberapa helai wang bagi sedikit upah kepada anak-anak jiran atau juga tambahkan sikit kepada caj perkhidmatan kanopi untuk mengaturkan hal-hal di luar jangkaan. Kalau rasa-rasa idea ni buruk sekali, sila fikirkan cara mu sendiri sebelum terkena batang-hidung kau. :p

Pengalaman aku sendiri sebagai peniaga kanopi, bila pekerja ku tiba2 menerima arahan dari tuan rumah melakukan kerja-kerja yang tidak termasuk dalam servis kami, kelatnya muka krew aku...

Yalah, dorang tau itu tugas yang tidak dibayar, mereka terpaksa lakukan padahal badan sudah rasa patah-mematah berhempas-pulas dgn tugas dari majikan yang sah. Aku suruh dorang buat kerja lebih, aku byr lebih tapi bila ada pihak lain yg cuba ambil kesempatan, aku kurg sng hati melihatnya tapi dari sudut yang lain kasihan melihat tuan rumah yang pening sendiri dgn perjalanan majlis. Hendak dibantu, sendiri juga sudah tidak mampu tenaga. Hendak disuruh pekerja aku, memang liatlah jawabnya sb tau itu tidak termasuk dlm tugas hakiki tapi sekurg2nya kalau ada tip tambahan mungkin berbaloi skit. Krew aku pun akan melakukannya dgn gembira wpun sudah penat jika tahu ada tip utk tugas tambahan.

Pendek kata, kita janganlah berkira. Kita kena fikir, tak mampu dengan tenaga kita lakukan dengan wang. Golongan yg selalunya tak mampu tenaga ni merupakan golongan yang tiada senarai dalam e-Kasih.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: