Thursday 23 February 2012

Cerita Kawen-Kawen

Macam susah mau dapat timing supaya aku buli tulis entry yang best2.

Mungkin pasal aku mengupdate dari hanfon ja yang menglimitkan kekreatifan aku berkarya. Sangat limit.. Entry pun sangat skema sebab kau nda dapat main color sama font, kasi bold atau kasi miring tu tulisan bila mau highlight sesuatu ayat atau perkataan. So tiada keterujaan mau becerita yang siok-siok..

Bila mau post entry bergambar terpaksa send gambar dulu baru edit. Bila lambat edit, komen akan duluan masuk sebelum cerita sebenar lalu si Aki : mana ceritanya? Takkan gambar ja? ~ Naaa, kan. Kena tiau sudah.

Si Aming pula mau cerita kawen-kawen. Hmm, apa yang aku mau share pasal kawen aku? Yang penuh kontroversi tu ka? Hahaha.. Aiyo, macam nda sanggup mau mengimbas balik. Terasa sangat banyak onak duri dan ranjau sebelum naik pelamin.

Kami bertunang secara nda rasmi pada tahun 2004. Rasmi pihak lelaki tapi belum rasmi pihak perempuan kerana percanggahan adat dan budaya yang berbeza. Pihak suami aku mau pakai adat dia dan kami sudah tentu mau pakai adat kami juga sebab kelaziman pihak lelaki kena ikut adat perempuan kan? Dan sangat nampak kedua keluarga nda mau kompromi hinggalah akhirnya kami bertunang secara rasmi 2 tahun kemudian. Kau ada? Bertunang dua kali? Hahaha..

Tunang Januari 2006, nikah September 2006. Sepatutnya lebih awal tapi atas permintaan pihak lelaki maka ditunda hingga ke bulan September. Majlis berjalan dengan sempurna.

Boleh dikatakan, segala persiapan perkahwinan aku yang buat sendiri. Masa tu makcik2 aku, apatah lagi mama aku tiada pengalaman mengatur pasal kawin-kawin ni, so akulah yang ulang-alik KK beli kain untuk buat baju pengantin. Mak Andam dan pelamin pun aku yang tempah sendiri.

Apa yang aku nda pernah lupa, perkahwinan kami tidaklah mengundang kegembiraan seluruh keluarga terutama orang tua ku sebab dorang belum bersedia untuk mengahwinkan aku. Dorang masih mau tinguk aku menggapai cita-cita, namun bolehkah kita mengubah takdir? Jodoh? Ajal? Suami aku memang bukan siapa-siapa. Bukan pegawai tinggi, bukan lawyer, bukan pesuruhjaya Polis, bukan bos besar tapi itulah insan yang Allah pilih untuk aku.

Ibubapa mana yang nda mau perkara terbaik diterima oleh anak-anak kan... Tapi alhamdulillah kami bahagia dan aku jauh lebih bertuah dapat suami macam tu... Kenapa pula? Aku taulah, kekekekek! Senang atur juga bos aku ni, so setakat ini kasih ku sinta ku semakin banyak untuk dia.. Hahaha..

Dan gambar-gambar dientry yang lepas itu, haaa itulah kami. Sweet couplekan? Kan? Kan? Siapa nda kan, aku nda kawan! Hehehe.

Sekian entry kawen-kawen ku ni. Kalau nda cukup, minta lagi :p.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

kak gojes said...

wahahaha..dua kali bertunang ka...rekod la tu nani. Ehehehe sy risik bulan mac (masa bufday) kemudian tunang masa bulan ogos dan bulan 11 nikah. (dalam tahun yg sama.)mau imbas balik...matai la...sy pun buat sendiri juga semua..hikhik..pendek kata mcm situasi ko la tu...yg len lum ada pengalaman

miya said...

aku benikah 2 kali haha... sebab laki beum dapat pengesahan bujang (pdrm) tp tarikh sudah sampai. terpaksa nikah guna imam xberdaftar.

lepas seminggu nikah lagi dengan imam berdaftar. br dpt surat nikah.

nasib baik seminggu jak..

tp nda da pulak majlis tunang. haha

Nani said...

ni barulah, ada la 2x tunang adala 2 x nikah haha