Monday 27 February 2012

Wedding Diary

Sabtu lepas kan, kita semua tau menjadi-jadi peminat filem Adnan Sempit 2. Aku pun menonton filem tu pada hari yang sama sebab di Twitter dorang cakap lucu pastu laki aku memang minat ni filem dari yang 1st lagi. Yg 1st aku nda dapat tinguk sebab masa tu tengah aktif berMLM jadi ngam2 upline aku bawa review pula so masa tu semangat mau berjaya memang berkobar-kobar so relalah berkorban apa saja untuk bisnes.

So what? Pening aku baca status orang di Twitter nda abis-abis membodek Yana Samsudin lebih-lebih lagi bila dorang fly ke KK dan Sarawak. Sampai hari ni, status twit masi sesak oleh peminat2 dorang gara-gara Adnan Sempit. Dan aku? Aku nda rasa pun filem tu bagus. Bagi aku Adnan Sempit hanya satu bentuk filem yang hiburan semata-mata tiada mesej bermoral yang jelas dan not my tastelah actually. Aku rasa lagi best Bujang Terlajak dari Adnan Sempit ni. Diakui, dalam panggung nda sunyi dari tawa hilai penonton, termasuk laki aku. Sesekali aku jeling dia dan bertanya dalam hati, apa yang lucu ah? Hadoi, memang aku tiada perasaan betul dengan filem ni walaupun aku juga minat Yana not Sahizey, Nabil yes! Tiba-tiba minat Nabil mungkin sebab dia hansem macam laki aku. Hansem? Lu pikirla sendiri. Hahahaha...

Dan apa pula filem yang selepas aku tinguk, balik2 aku mention bila bercerita sama laki aku dalam kereta? Yeah! WEDDING DIARY !!!!

Aku nda juga minat filem Cina ni kalau bukan filem yang berkisarkan sejarah/dulu-dulu tu pun memilih juga tapi masa tunggu kena singgah (utk pulang) oleh si Ghazali malam hari Ahad tu, kami isi masa tinguk wayang. Mula-mula mau tinguk This Means War (aku suka Reene Whiterspoon. Aku lupa ejaan, antam ja) tapi lambat dia main so, bila baca sinopsis Wedding Diary, hati terus terpaut dan sekali masuk panggung, hanya kami bertiga Melayu dan pakai tudung dalam panggung, yang lain semua Cina ! Hahahaha... Start ja wayang tu, kepala ku tegak nda guyang. Pembuka ja sudah siuk berabis dan lucu. Nda buleh cakaplah, memang ngam tepat terpahat dalam hati filem ni. Perlukah aku bagi sinopsisnya? Bah bulihlah aku cerita skit.

Begini, ia mengisahkan seorang lelaki yang nda kaya (bukan miskin sebab dalam cerita dia seorang Engineer di Singapura) dan kurang hansem (sedikit huduh macam laki aku masa muda-muda dulu wakakakak!) Kawin dengan anak orang kaya dan cantik pula tu. So terjadilah konflik masa dorang mau buat majlis perkahwinan yang mana gadis tu rupanya anak orang yang paling kaya di Singapura iaitu Collin Chong! So situlah cerita dia, di mana tu lelaki hampir muflis sebab menanggung kos perkahwinan yang sangat mahal tetapi cuba menyembunyikan masalah kewangan dari isterinya... Yang lain, pigi tinguk sendiri hehehe.. Memang lucu! Hahahaaha.

Dan kemarin, balik2 aku cerita pasal filem ni sama si Ghazali sebab awal cerita dia nda sempat tinguk. Dia datang lambat!

Dan sebenarnya, kenapa aku suka filem ni sebab sangat berkait dengan kami laki bini. Kini, aku gelarkan bapa ku sebagai Collin Chong dan laki aku sebagai menantu Collin Chong hahaha...

Paling lucu bila Colling Ching pigi jamin menantu dia di balai polis sebab bawa duit palsu bikin bayar hotel tempat dorang kawin. Kekekekekek! Rusak bah urang kaya hahaha. Lucu betul tinguk ekpressi muka si Collin Chong. Aiyak, macam bapa aku wooo.

Persamaannya ialah, aku kira anak orang kayalah juga (nah, jaga kamu. Temberang suda ni), walaupin kekayaan bapa ku ndalah macam si Collin Chong dan bapa aku ni nda suka sama menantu pilihan anaknya (nda setaraf dan kurang hansem hahaha). Astaga, ketawa ja aku ni.. Cuma bezanya, si Keat (menantu) seorang berdikari tapi menantu bapa ku ni anak manja.. Tahun 2010 bapa ku kasi beli aku kereta Toyota Land Cruiser (kereta ninja dulu-dulu). Sekali tahun lalu roadtaxnya mati, kami kasi balik tu kereta sama bapa ku sebab roadtax mahal dan jugha tayar botak sudah semua.. Mana mau cari duit bikin renew dan beli tayar? Tayar 1 biji pun suda berapa? Pastu kena saman lagi sebab nda perasan roadtax mati suda.. Nda pasal2 kantoi masa roadblock. Hahahaha! Lucu! Lucu! Kasian butul! Last2 beli Honda Accord yang roadtaxnya dan tayarnya bulilah ditanggung sikit walaupun duit tu aku kurik juga dari akaun company sebab akulah anak si Collin Chong! Adui, bah! :)))

Sori! Bukan mau aibkan suami aku yang aku cinta tu tapi inilah realiti dunia. Sebenarnya moral filem ni ada dua yang jelas!

1. Wanita kaya dan cantik nda juga pandang pada rupa dan harta pada lelaki asalkan lelaki tu ada 'hati'. Mean, jujur, respek, setia dan cinta sampai mati sama perempuan. Dan dlm filem ni juga persepsi ku sendiri, itulah yang berlaku. So kepada lelaki2 yg kurang hansem diluar sana kamu masih ada peluang mengurat sama si Neelofa! Sori, Lisa Surihani sudah kena ambil duluan.

2. Bakal2 pak mertua, janganlah nilai bakal menantu dari segi kemampuan wang ringgit... Manusia bukan bernilai di situ saja. Kenali dulu hati budinya. Asalkan dia ikhlas mengahwini anak kamu. Ya sejak 6 tahun ni laki aku memang daif tapi alhamdulillah dia masih boleh jaga aku dengan baik berbanding bapa aku jaga mama aku.. Mama aku sejak 29 tahun yang lepas belum abis deritanya.. Nda payahlah aku cerita panjang. At least, suami aku walaupun tiada harta tapi ada HATI. Aku jauh lebih bertuah dari mama ku kalau dari segi rumahtangga. Alhamdulillah. Anugerah Allah.

Dan filem ni memang mengharukan! Kamu pigilah tinguk.

No comments: