Sunday 12 February 2012

Mengidam Itu PMS

Urm, siapa nda paham apa tu PMS. Kalau tidak silap Pre Menstrual Symptom kali tu. Iaitu tanda2 sebelum kedatangan haid dalam bahasa Melayunya.

PMS ni selalunya dikaitkan dengan senggugut, sakit pinggang, sakit bawah abdomen, pening dan lain-lain tapi bagi aku lain pula PMS ku. PMS yang aku sebutkan tadi jarang aku alami tapi kalau yang mengidam ni memang tiap bulan wajib ada. Selalunya seminggu sebelum si kawan datang, nah macam2lah tu makanan berlegar difikiran. Kemarin aku mengidam chicken chop, hari ni tiba2 mau KFC padahal aku nda suka makan ayam KFC ni. Jarang sangat, itupun kalau makan pasal2 ikut orang, kalau tunggu sendiri mau makan sorang, memang susah. Bosan suda.

So tadi dalam jam3 gitu nda keruan suda aku menunggu si Ghazali balik. Aku mau pigi sangat di KFC yang terdekat. Aku pun pigi twit @SabahInfo mau tanya Donggongon ada KFC ka tida sebab malas mau pigi Damai. Lagipun tiada duit cash so kena pigi KFC yang dekat dengan ATM, so Donggongonlah dekat. Follower @SabahInfo bilang ada, dekat Megalong so aku pun tanpa bersolek seadanya terus tukar baju sebab aku rasa selera ku nda bulih dibendung lagi. Terbayang2 ketulan-ketulan ayam goreng KFC atas pinggan. Nyum! Ndalah aku kesabaran menunggu si Ghazali sampai maka aku pun start kereta, jalan.

Keluar dari gate, aku singgah kedai runcit mau beli relod bikin mengcall si laki. Kalau dia balik nanti, suruh membubut ja pi Donggongon tapi baru aku parking limpas sudah suami bertuah ku. Aku hon 2 kali panggil dia datang. Bila runding, dia bilang mau main bola. Tinguk! Nda lagi membola kalau aku nda bawa jalan. Haih, panas hati tapi sabar ja. Baru dua hari ni kami bebaik. Aku merajuk sebab pasal bola juga.

Dan kini, aku di KfC Plaza Likas dan suami bertuah ku di Padang Saga, Kg. Likas. Harap2 ada teman lepak petang yang damai ni, nampaknya hampa. Dia umpan aku pi tinguk wayang ni malam tapi aku nda semangat pun. Adakah movie best? Macam senyap ja. Azura lah tapi macam nda sehebat Ombak Rindu ja tu. Tiada pun orang kecoh2 update di fb ka twitter ka.. Urmmm.

Beginilah nasib seorang wanita yang tidak berteman. Kasihan sungguh diri ini, hua hua hua. Mau cari web 'cari jodoh' dulu ni. Cari teman dibawa minum petang, hahahaha. Jangan percaya ok, berdosa. Hehehehe..

Tadi masa aku sedang melahap ayam goreng, duduk sebuah keluarga kecil di depan ku. Si ayah melayan dua orang anaknya makan dan si ibu tersandar di dinding dengan muka layu sambil menggendong babynya. Baru 3 anak ka? Tinguk muka macam keletihan sangat. Terus aku teringat mama. Teringat macam mana dia membesarkan kami. Mama sudah 46 tahun. Tidak bergaya dan kurang cantik (tapi paling jelita di mata ku) kerana apa? Kerana dia terlalu keletihan membesarkan kami sehingga dia tiada masa mengurus dirinya sendiri. Dapat pula suami selamba yang tidak prihatin sakit lelah isteri. Jangan komplen apa2 sebab bapa aku bukan jenis yang penyayang. Dia super selamba punya orang. Suami aku ok sikit. Walaupun gila bola tapi masih take care sama kami anak-beranak, setakat inilah. Kami 6 orang beradik. Aku sulung. Kami di besarkan dengan kerja bertani. Bayangkanlah peritnya tapi mama berjaya. Mama lebih berjaya menjadi ibu dari aku sendiri. Aku membesarkan anak dengan kemudahan air paip, elektrik, tv LED, Blackberry, mesin basuh, kereta yang boleh aku drive sendiri.. Mama dulu, sangat susah. Memang aku jauh bertuah hidup di sini. Di rumah aku hanya baring, layan henfon, layan tv, makan dan tidur. Mama dulu, oh sangat banyak tugas.

So, bila ingat balik wajah perempuan tadi, sayu juga hati. Sebagai wanita di zaman moden dan penuh kesibukan ini, kita nda bulih hjarapkan orang menjaga kita. Biar sibuk mana di rumah, luangkanlah masa untuk membelai diri. Tunjukkan sikit kuasa pada suami yang kamu ini bukan bibik tapi masih isteri dia. Apatah lagi yang mampu tu. Mama aku dulu duduk kampung, mau belai diri macam mana kan? Bukan ada SPA di sana. Duit ada pun, untuk simpan bawah bantal saja. Jadi, kita yang tinggal di bandar ni pandailah bawa diri. Aku pun bukan perfect sangat tapi kita usahalah supaya wajah kita mampu tersenyum sepanjang masa. Jangan telampau kelihatan longlai, lama-lama suami nda selera tau tapi kalau suami pun jenis macam my father, aku faham kalau 20 tahun perkahwinan kau belum boleh tersenyum tapi longlai macam wanita tadi.

Peace !

No comments: