Tuesday, 28 February 2012

Selingkuhan Suami ku ..

Kata orang kata-kata itu satu doa, aku selalu kata laki au curang. Berani betul mulut ini! Masin kang, nangis jugak.

Oke, semua tau apa itu selingkuh atau curang tapi definisinya bagaimana?

Setiap kali aku cemburu laki aku spent banyak masa untuk bola dorang selalu cakap "oklah main bola dari main perempuan" iaitu membawa maksud curang.

Ya, btul. Laki au main bola ja bukan min perempuan dan bukan curang tapi tahukah kamu apa itu curang?

Mari sini aku bagitau.

Menurut kajian Prof. Dr. Nanialing selama 6 tahun mengenai curang, boleh didefinisikan sebagai berpaling, tidak hirau dan tidak penting lagi.

Curang dengan perempuan, lelaki akan banyak masa di luar bersama kekasih sulitnya, tidak lagi dia rasa kita ini penting, sanggup mngabaikan kita dan sanggup mbohongi kita.

Apa bezanya pula dengan bola? Perlu aku hurai atau kasi faham?

Nda payahlah, lu pikirlah sendiri. slogan ulangsiar lagi.

Penjenayah yng dikehendaki.
Turut dijangkitkan dengan kegilaan baju petak. Dia bukan suka pakai casual sangat ni tapi bini pandai pilih so dia pun suka. Hahaha.

Suspek dikenalpasti!

Proses pengecaman.

Hampir cam!

Kini dikenalpasti secara rasmi.
Dan disahkan oleh hakim.

Hai-hai bai-bai. Abaikan badan ku yang makin 'mama-mama' tu. 

Dengan proses siasatan yng sangat rumit, identiti selingkuhan laki ku akhirnya ditemui dan telah ditangkap. Hahahaha...

Rasanya si Ghazali masih ada 4 pasang kasut bola yang masih bulih dipakai tapi katanya, mau tecabut sudah tapaknya. Maka merayu-rayu agar aku memberi hdiah kasut bola untuknya. Mata duitan sangat! Aku kata tunggulah dulu annivesary kita tapi dia memang nda bulih tunggu bertemu cinta hati barunya. Ah, lantak! Tiba-tiba masuk kedai sukan dan terus grab sepasang berharga RM380. Odoi dogo! Kalau sudah sinta mimang tidak bulih halang.

Okla, asalkan bahagia. Yang penting bukan duit aku. Hmmm, nasib anak si Collin Chong.

5 comments:

Eryati said...

ahahaha..aku suka sama entri kau ni nani..ekceli aku mula sedar kewujudan blog kau ni dr blog si aki...nampak komen2 d entri dia...

bah..biar la bah mata duitan janji kita saling sinta mensintai...jan jak men pempuan...sy marah maaa...

Nani said...

Tq Yati.. Ya slps kau komen blog aku, baru perasan kau follower si aki. Okla bah jg kita kenal2kan? Hehehe...

SimplySeoul said...

sangat mahal tu kasut sis. hehe. tapi lawa kaler nya. sorry lama xvisit sis. hope you and beautiful family are fine

Nani said...

Yabah, mahal bah kasut bola ni. Sakit jg tiap kali mau beli baru. Xpa, aku pun jarang update blog :)). Thanks.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Kasut sukan aku 59.90 saja....psl pakai sekali saja setahun....hahaha...berbaloi la....