Thursday 9 February 2012

Mencari dan Menunggu

Aku resign pada tahun 2010, dan setahun berbisnes MLM...

Tahun 2011 menetap sepenuh masa di Kota Kinabalu (KK) dan bekerja sehingga bulan Mei sahaja. Terpaksa berhenti kerana masalah tiada jaga anak dan suami nda suruh anak di hantar ke mana2 taska.

Tahun 2012 sehingga Febuari ini, aku masih menjawat jawatan sebagai surirumah sepenuh masa. Cuba mencari pekerjaan sesuai namun belum jumpa. Cuba menyelesaikan hutang piutang dengan bantuan kewangan dari sumber yang bukan diusahakan oleh aku sendiri. Masih memasang angan2 bercuti di luar negara pada bulan Oktober ini, insya Allah jika dimurahkan rezeki.

Next?
Jangan tanya, aku nda tau mau jawab.

Bila membaca kisah kejayaan orang, aku tersentuh. Aku tertanya.... Apa yang kurang dengan diri aku? Ramai orang memuji aku ada 'sesuatu' yang boleh bawa diri aku jauh ke depan. Aku boleh rasa. Setahun bergelumang dengan perniagaan MLM sepatutnya sudah membuka jalan bagi aku berjaya dalam masa yang singkat berbanding jika aku buat bisnes yang lain. Ya singkat tapi aku ada masalah sendiri dengan cara bisnes MLM. Bagi orang yang sudah berjaya, apa yang nyatakan ini hanya satu alasan atau apa sajalah yang sewaktu dengannya. Masalah aku ialah, aku tidak sanggup dan mungkin kurang suka dengan bisnes sebegini dan akhirnya aku dapat jawapan bahawa AKU HANYA BOLEH LAKUKAN PEKERJAAN YANG BETUL2 AKU SUKA ! Bila aku suka aku akan ada kekuatan yang sangat padu untuk berjuang sehingga pekerjaan itu berhasil. Dan aku akan ada kesanggupan biar sepayah mana pun kerana itulah yang benar-benar aku mahukan. Aku akan ada keyakinan dan keberanian untuk terus berusaha mendapatkannya. Aku nda boleh paksa diri buat sesuatu yang aku nda suka. Inilah sebenarnya masalah aku. Ya setelah 2 tahun baru aku clear tentang hal ini.

Salah satu contoh, impian ku untuk menjadi surirumah. Walaupun agak membosankan, sunyi, tiada income, kena berjimat tapi aku sanggup sebab aku suka.

Dalam usia 27 aku rasakan sudah terlalu lewat untuk memulakan langkah kejayaan tapi tidak mengapa. Apa yang aku tau aku sudah ada perancangan, tinggal tunggu masa untuk dilancarkan. Berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan dan terlaksana segala hajat. Ya Allah, bukalah pintu rezeki kami dan murahkanlah rezeki kami. Aku mahu membalas jasa ibubapa ku. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Aki said...

ko bulih tu kak.. jan ko susah.. :D

kak gojes said...

gud luck nani...sy yg keja ni pun bosan..bosan dgn income yg nda pandai cukup...huhu..buat sambilan la jawab nya

Nani said...

Thanks Aki dan Eryati. Insya Allah. Kalau berjaya nanti, kita makan kepsi hehehe... Kamu kasi ingat saya saja :))

miya said...

woott.. bisnes apaitu? kongsi2 ba

Nani said...

kalau jadi baru bagitau hehehe.