Tuesday 28 February 2012

Adik-Beradik Keluar Bersama

Kami adalah 6 bersaudara-saudari. 4 perempuan dan 2 lelaki. 2 orang sudah kawin, 2 orang bujang dan 2 lagi masih kanak-kanak. Umur kami beradik paling tua 27 dan bongsu 8 tahun. Umur orang tua kami pula, bapa 47, mama 46. Senang ingat sebab beza umur aku dan bapa ngam2 20 tahun, mama pula muda 1 tahun ja dari bapa so, selagi aku ingat umur aku, maka takkan ku lupa umur bapa. Wah, detail gitu. Kau ada? hehehe.

Biasalah, sebelum keluar ambil mood dulu dari rumah dengan snap-snap diri. Semangat tiba-tiba bermekap. Keluar dengan adik-adik mana boleh serabai nnti orang cakap "oh, itukah mama kau?". Naaa, siapa sandi nanti, aku juga. Harap-harap kalau dorang nampak kami "wah, kiutnya adik kamu yang tudung biru tu!". Hahaha, telebih perasankan? :p (memang kiut tapi badan dia lah).

Haaa ! Kenalkan kak long aku, kak long sangat sebab ini anak ketiga. Tinggi sikit dari aku. Umur 22, belum bekerja, sedang mencari. Namanya Umie Kalthom panggil ja nama glamernya Tinang.

Yang ni kak ngah aku haha. Anak ke4, baru abis SPM, tua sudah pun. Kalau muda 15 tahun macam aku. Namanya Siti Aisyah dan nama pamesnya Unying. Hahaha, paling manang! Nda tau macam mana juga tercipta nama glamer dorang ni. Aku ja sama anak no5 yang tiada nama glamer ni.

Gambar yang indah ini diambil dari Anjung Senja, dekat terminal Wawasan. Kalau nda silap, tempat ni bru buka 3 minggu lepas dan sambutan pngunjung buli tahan sebab, disamping buli makan-makan di gerai, bulihlah juga bersiar-siar di anjung ini dan tidak tinggal juga ada adegan-adegan asmara yang ringan2. Bikin sakit mta jugalah, napa pondok pengawal sana tu nda turut ditempatkan pegawai pencegah maksiat? Hurm..

Sedikit masa lagi, Waterfront pun akan berwajah baru juga yang akan bersambungh dengan Anjung Senja. Kalau tengok gmbar (sample) macam lagi cntik dari Anjung Senja. Dan buat msa ni, Anjung Senja adalah atara lokasi kgemaran ku untuk lepak-lepak bersama orang-orang rapat ku.

Anak bujang kecil ku ni pun mau juga diambil gambarnya. si Tinang ckap, pndai betul budak ni posing. Apa nda pandai, dari baby lagi biasa diambil gmbarnya. Tapi makin lama makin kelelakianlah pulak dia ni. Dia sangat cergas dan lasak. Harap-harap nanti besar jdi macam Erra Fazira. Lasak tapi cantik dan masih terjaga kelembutannya. iakah?


View laut pula. Bagi pembaca dari semenanjung, lokasi ini berada di bandar Kota Kinabalu, Sabah.

Posing comel.

Becomel-comel lagi.

Si Tinang cakap, napa si Tanak (nama manja Nadia) pandai buat muka comel? Buat nda buat memang nampak comel sebab dia masih budaklah dik. Aiya, tu pun nda taukah? Jadi dia pun mau buat muka comel juga. Bole la..

Si mami pun mau juga buat muka comel tapi failed! Aku mmang nda suka posing comel2 ok! Aku suka buat muka ayu.. uwekss!

Tujuan sebenar pada petang itu keluar ialah mau memperkenalkan pada adik-adik yang jarang turun KK ni tentang Anjung Senja dan makanannya. Dan ini antara menu yg popular masa kini iaitu Sanggar Cheese/Pisang Goreng Cheese. Selain tu Nasi Ayam Penyet yang pedasnya membakar lidah tapi sedap sangat gamaknya, nda sempat abil pic. nnti lain kalilah ya.

Nda sia-sia aku aktif bertwitter sebab banyak info yang cpat sebar dan cepat sampai khasnya utk perkara-perkara menarik di KK dan juga seluruh Sabah. Makanan ni pun famous sebab jdi sebutan di twitter. Maka berduyun2 orang twitter datang mkan sni di M&N Corner. Nda payah dorang byar iklan ratus2 ribu punya hrga, ada orang sukarela iklankan secara free. Thanks @KKCity dan @SabahInfo. Hari tu dapat pnuhkan jumlah rombongan mendaki gunung pun gara-gara aku iklan di twitter jugak.

So, kepada warga Sabahan silalah berkunjung ke Anjung Senja dan nikmati quality time di sana. Yang pnting kita ENJOY!

P/S: Aku perasan banyak typo error (itukah tu dlm english?) tapi malas aku mau edit balik. Seperti yang aku selalu bgitau, etry ini dibuat mlalui hanfon sahaja. 

1 comment:

beaty said...

terus sa pun mau p makan tu sanggar chesse ni