Siap di situ, terus ke rumah pengantin lg satu sb krew2 aku d sna pula memasang 4 lagi kanopi, majlis jam2pm. Drg request skalop lagi tp kami x dpt tunaikan sb krew dah weak sgt. Xda mkn pagi pulak tu sb tuan rumah ambik katering so utk tetamu sblm majlis mmg kena puasa sekejap la. Its ok, kami x kisah sb keja kami bkn mau mkn pun, cuma bila tenaga sdh di hujung2 mmg sukar sdh mau tmbh keja lain. Lagipun ni tempahan last minute so mmg x deal sgt adanya skalop. Aku frust jg xdpt tunaikan semua permintaan costumer tp apa bole buat. Ntahla aku ni, susah sgt nak tolak permintaan org, takut org jadi hampa. Diri-sndri hampa sedih juga. Haa, pasal sedihlah aku xmau aku buat org sedih biarpun org lain selalu buat aku sedih. Kdg2 aku rsa, aku x bole gembira jika xdpt gembirakan org lain. Hmmmm. "Buat baik berpada-pada".
Lps siap pasang kanopi, bawa krew makan pagi. Aku tgk drg sdh lapar sgt. Aku xtau sampai mana kesetiaan budak2 ni keja ngan kami laki bni tp setakat ni bila ada sja job drg sgt semangat mau keja. Rajin, mudah belajar dan happy dalam bekerja. Pekeja aku aka kwn2 laki aku; ada talian keluarga berumur 19-21. Adik aku yg baru 13 thn pun aku sdh bawa buat keja mana yg dia mampu. Hm, sungguh2 dia buat keja. Bagus. Lelaki kena belajar carik duit biar anak org kaya sekalipun. Tidak salah. Sdh namanya lelaki, explore sebanyak mana cara cari rezeki halal di dunia ni.
Job kali ni aku sdh bole guyang kaki. Pasang skalop pun drg tiba2 sdh jadi cekap kesan dari pengalaman selama ni. Ya kali ni drg paling cemerlang. Aku dan laki sdh bole duduk2 dan buat arahan sja. Asalkan jgn terlalu cerewet mau buat arahan ini-itu, bg kebebasan drg bekarya tu yg buat kreativiti drg berkembang dgn cepat. Siapa senang? Bos jg kan... Hihi. Tapi kali ni, aku betul2 jaga perut drg. Keja penat2 dan makan sedap satu ganjaran yg boleh melupakan keletihan badan. Aku bkn bos cekik darah. Kebetulan kali ni jadual agak padat, xda masa balik rmh mau makan. Tanpa drg, siapalah perniagaan ini. Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki yg boleh dikongsi sama-sama.
Lps mkn, aku balik rmh dan rehat saja. Laki p KK tinggal aku dan anak di rmh. Keta pun kena bawa, ndala dpt p rmh mama. Badan sangat malas. Esok kalau jadi mau kemas barang d rmh pengantin. Ngantuk pun belum hilang lagi ni. Adoi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment