Aku lantas bangun, menuju ke mesin basuh dan memutar suis 'drain'. Iya, kain yg ada disitu, sudah seminggu. Bau kain pun lain mcm sudah. Nasiblah itu kain kanopi, nda berapa diusai pun, nda apa2. Asalkan lumpur dan pasir mengalir bersama air sabun. Aku terduduk lagi, memirasat kondisi tubuh. Masih lemah... Aku bangkit semula, mencapai heater elektrik, mengisinya air dan menekan suis karan. Aku mau buat minuman panas. Buka esbok, ya masi disitu tat telur beli di Tamu kmrn dan segelas bubur jagung. Nyummm... Bubur itu ku hidu, ok belum basi. Tatnya juga seakan masi boleh dimakan. Aku duduk dan mula menyuap bubur jagung. Sedikit masam. Suhu sejuk esbok ku sudah kurg. Tentu bubur ini mulai basi, aku ampai atas meja dan beralih ke kuih tat. Tat sebiji itu ok, yg keduanya separuh sja, aku buang sebab intinya sdh lain rasa. Sayangnya makanan ini ku buang. Lupa makan smlm.
Selepas meneguk minuman ku yg agak manis beberapa kali, aku bangun lg menuju ke mesin basuh dan membilas kain satin (skalop kenopi), mula menjemur dan meneruskan basuhan utk kain baju.
Aku berjaya! Aku berjaya! Aku berjaya melawan kelemahan/kemalasan badan. Aku bukan sakit cuma aku kurang semangat. Aku ingin mencipta hidup yang ada 'life'. Aku mau balance dalam semua perkara. Kalau beberapa jangka masa aku perlu berpenatan, maka aku akan beri ganjaran pada tubuh badan ku utk berasa tenang dan rileks. Tu psl mau ke Kundasang tapi plan nda menjadi. Itulah pasal aku menjadi 'sakit', badan lemah dan malas mau buat apa sja tugas di rumah. Badan ku menagih situasi rehat yg memuaskan. Aku memang cepat stress, itu salah satu sebab aku berenti keja dulu dan juga berenti MLM. Dua2 kerjanya stress! Aku nda bulih. I'm sorry.
Jam8 start cuci jam1 siap. Ada satu trip lagi dlm mesin tp laki ku nda tahan lapar sudah. Dia cakap tadi mau bawa aku dating, mgkn dia mau tebus plan ke Kundasang nda jadi (bukan plan kot sb aku mengejut sja mau ke sana).terus, aku bersiap. Laki cakap "kau drive" sambil dia sudah parking baik punya di tmpt duduk sblh pemandu dan jarinya mulai menguis-nguis skrin Samsung tab milik ayahnya. Ok, aku drive.
Last2, sampai di Dataran Bengkoka (tepi laut), kami lunch di gerai makan isteri mantan wakil rakyat kami Datuk Masrani Parman. Aku kenal Datin tp xtau namanya. Kami oder tomyam udang, sayur campur, sotong goreng tepung, lemon tea ice dan tea c special ping. Semuanya rm24.80. Nasi campur tiga. Abis makan, balik. Singgah ke tapak Tamu beli sedikit barang dapur kantin utk esok.
Now, aku santai2. Rasa badan macam segar dan kepala pun sudah lengang. Seperti status ku di facebook "tida jadi pi Kundasang, di sni pun jadilah -Dataran Bengkoka, Pitas".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment