Wednesday, 24 July 2013

Teringat Satu Ketika Dulu

Ketika membaca pahala2 isteri solehah, hati bagai dihiris2.

Alangkah rindu aku pada diri ku yg dulu, ketika hati jadi suci bersih, putih tanpa cela.

Hanya redha Allah dan suami jadi dambaan hidup dan menghambakan diri dgn ikhlas demi suami dan anak tapi masa mengubah segalanya...

Aku manusia biasa...

:: GANJARAN BUAT ISTERI SOLEHAH

1] Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari isteri itu berpuasa setahun.

2] Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan Haji dan Umrah.

3] Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang Syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai Jihad.

4] Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak akan menjadi benteng neraka buatnya, manakala pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami akan menjadi Tasbih (zikir).

5] Tidak akan putus ganjaran dari ALLaH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

6] Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam Syurga.

7] Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk Syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

[Hadis Riwayat: Anas Bin Malik & at-Tirmidzi]

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Enrecca x :) said...

blogwalking with love :) have a nice day ahead!! :) :) x