Wednesday 20 July 2011

Hidup Tak Banyak Pilihan?

Aku memfollow blog seprang surirumah yang berusia mungkin lewat 30-an/awal 40-an dan entry terbarunya ialah Hidup Ini Tak Banyak Pilihan ...

Urm, abis ja baca entry dia otak aku laju2 berputar dan aku rasa fikiran aku bercanggah dengan beliau.
Pada persepsi peribadi aku tentang pilihan dalam hidup ialah, hidup bukan tak banyak pilihan... Kita sebenarnya da banyak pilihan. Sangat banyak tapi hanya kita yang tak boleh memilih yang terbaik dan nampak sempurna di pandangan mata kasar manusia.

Aku masih seorang MLMer, dan itu pasal aku berfikir bahawa kita ada banyak pilihan dalam hidup.
Orang2 yang berjaya di syarikat MLM aku (ELKEN) terdiri daripada berbagai latar belakang. Ada yang dah tua, buta huruf tapi bole beli Myvi secara cash dan masih bole drive ke seluruh Sabah pada umur 60 tahun. Perempuan pulak tu....

Ada pula yang lumpuh sebelah badan, buta tapi boleh raih income belasan ribu dalam sebulan. Ada yang tak pandai berbahasa Melayu, tinggal pedalaman tapi boleh dapat Car Fund dan rangkaian besar... Dari situ kalau kita lihat kekurangan mereka, memang rasanya mereka tak boleh memilih untuk jadi manusia yang lebih baik tetapi kerana keazaman dan kegigihan mereka dapat mengubah hidup mereka.

So the point is apa pilihan kita?
Contoh paling dekat ialah diri aku sendiri.
Hanya kerana aku belum pandai drive, aku jadikan itu sebagai alasan untuk tak dapat buat bisnes.
Actually my problem is lebih dari itu.
Tapi kenapa ada makcik yang nda pandai drive pun, boleh buat bisnes hingga mendapat income puluhan ribu sebulan? Dia naik bas ja untuk jumpa client.
So di situ sudah nampakkan? Setiap manusia diberi peluang untuk hidup lebih baik jika dia memilih peluang itu.

So bezanya kita antara manusia ni, bukan hidup tak banyak pilihan tetapi kita yang tidak memilih peluang yang ada. Ini soal keinginan, kegigihan, dan keazaman yang berbeza-beza antara kita manusia. Kitalah penentunya.

Setiap manusia, bebas memilih hala tuju kehidupan masing-masing. Mungkin kerana kita belum tahu betapa hebatnya diri kita atau pun kita belum temui di mana hebat diri kita, maka kita masih berada ditakuk lama.

Manusia semuanya ada potensi tinggi cuma tidak semua manusia pandai mengenali potensi dan menggunakan kelebihan diri untuk menjadi orang yang lebih berjaya. Adakah kerana Allah belum memilih kita untuk berjaya atau kita sendiri yang belum terfikir untuk lebih berjaya? Sama2 kita fikirkan kerana aku juga sedang berada dalam dilemma ini (hehehe).

Apapun, kagum dengan Puan Nani kerana beliau ialah supermom.. Itulah pilihannya dalam hidup tapi apa yang dia pilih sudah cukup hebat sebenarnya..

2 comments:

nuranne said...

Setuju dengan sis.
Pilihan tu banyak, tapi sanggup? mau?

Mak saya smpai sekarang xbleh bawa keta. Takut. Time kelas dia xmenentu, bapak pulak kerja office hour. Solutionnya gigihkan badan naik bas, turun bas.

Nani said...

Nah, tu la pasal tu. Sama ada sanggup atau tidak? kalau mau mungkin semua mau tapi nda sanggup...