Sunday 31 July 2011

Esok Aku Tak Nak Puasa !

Sob! Sob!
Sedey! Aku tak dapat puasa esok sebab period! Huaaaaa!
Tak boleh, nak juga. Insya Allah. Walaupun puasa ku tak dikira nak juga asalkan dapat merasa suasana hari pertama berpuasa.
And seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku pasang azam tuk puasa 6..
Dah bertahun berazam tak juga terlaksana dek kerana nafsu yang tak tertahan.
Insya Allah tahun ini boleh.

Masa jaga baby aku memang tiada masa nak share pic dorang dalam blog.. Hari ni barulah aku berkesempatan. Aku bangun seawal 4 pagi untuk buatkan Panjang air sebelum pegi kerja dan terus kemas rumah dan prepare apa2 yang patut sampai baby datang pada 6.30am. 6pm barulah aku free balik. Bila malam, line internet slow di sini tu yang tak dapat nak update malam2 tu. Nak tunggu tengahmalam pula, badan dah macam patah2 delapanbelas....

 Ini Lionel, berumur 4 bulan.. Baby yang aku jaga sejak seminggu lepas.
 Ini Orlando, abang Lionel 1tahun 4 bulan...
 Cute kan?
Tiba-tiba hari ni dia maja sangat ngan aku. Nak dukung ja sampai dia terlelap dalam dakapan ibu tumpangnya hehe... Rupanya hari ni last day aku jaga dorang sebab dorang dah ada maid... 
Maunya anak aku tak jeles tiba2 dapat dua orang adik sekelip mata yang membuatkan kasih mummy terbahagi 3.

Nadia sangat tak menyukai Orlando dia hanya sukakan Lionel. Nadia lain sikit dia tak suka layan budak yang kecik atau sebaya dengannya. Dia lebih suka berkawan dengan budak yang umur 7 tahun ke atas terutamanya lelaki. Perempuan kawan juga tapi kalau yang aktif macam dia. Kalau pendiam dia memang takkan tertarik untuk berkawan. Pelik sikit anak aku ni.

Panjang pula sejak hari pertama aku jaga baby, hingga hari ni nak sgt jumpa baby tapi memang tak dapatlah sebab hari2 dia balik malam. Ni pun dia belum tau yang baby2 tu aku tak jaga lagi. Dia mesti hampa. Dia tu suka baby lelaki tu yang anak orang pun dia semangat nak jumpa. Nak ambil aura katanya hehehe... Kitorang ni dah setahun lebih planning nak baby no.2 tapi belum ada rezeki. Nanti ada masa, kita pinjamlah Orlando tu sekali-sekala hehehe..

2 comments:

abglan said...

Apepun slamat berpuasa jugak Nani, aku puasa dulu yek..

Nani said...

selamat berpuasa semua...