Wednesday 13 July 2011

Biarlah Sederhana...

Sempat menonton siaran ulangan Oprah di Astro Diva sebentar tadi...
Kali ni, dorang cerita pasal biarawati...
Oprah menyelami gaya hidup biarawati yang sebenar dan aku terambil sesuatu yang positif dari sana...

So terfikir dalam hati, kalaulah semua wanita berpakaian mengikut agama masing2.. Maksudnya kita hanya memakai satu fesyen sahaja setiap masa.. So kita takkan pening, raya ni nak baju color apa, nak pegi majlis kawen kena pakai fesyen apa.... So simplekan? Takdenya kita nak menunjuk2, nak bandingkan pakaian siapa lebih bagus, mahal dan cantik.

Dunia tidak menuntut segala kesempurnaan diri dan harta benda tapi nafsu kita yang tidak pernah puas sebenarnya.
Nak, nak, dan nak lagi.
Hidup sebenarnya mudah sekali tetapi manusia yang mempelbagaikannya sehingga hidup seolah perlukan segala-galanya untuk sempurna.

Indahnya Islam kerana hambanya mendekati Allah dengan tidak meninggalkan atau menafikan fitrah manusia seperti berkahwin dan mempunyai harta malah itulah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan pada kita.
Kitalah yang perlu bersederhana dalam segala hal agar kita tidak terus hanyut dibawa arus nafsu yang tidak pernah merasa cukup...

Alhamdulillah...

2 comments:

Cikgu Abah said...

wasotiah...wlpun pendek je entry ni tp mmg menyentuh hati yg selalu alpa..asek kejar dunia je..hehehe..

Nani said...

harap2 satu hari nanti aku pakai satu fesyen baju ja, lg best kalau pakai hanya satu color hehehe...