Wednesday 3 August 2011

Sardin Tumis

Kemarin chat wif my bespren di FB...
Dia tanya aku sahur apa... Aku tergelak terbahak2 tapi hanya aku yang dengar suara ku sebab kami berbual di alam maya, kalaulah kami face to face pasti meletop punya. Hahaha!
Dia kata kenapa ketawa?
Ntah tapi aku rasa pertanyaan tu ada unsur2 18SX sebab dia ni kepala gila2 sikit...
Tapi dia berusaha nak buktikan bahawa pertanyaan tu adalah suci....
Dan aku pun memberi jawapan yang suci juga..
Aku kata, akau sahur nasi, lauk...
Pastu dia tanya lagi lauk apa..
Memang nak kena lempang dia ni.... Kata pertanyaan suci tapi lauk apapun nak siasat segala, memang saja nak meremangkan bulu roma aku nak mencekik dia.
Aku jawab lagi, sup ayam, dan sotong. Baru dia puas hati.
Pastu aku lagi tanya dia sahur apa/
Dia kata ikan sardin...
Sardin???? Owh, lama aku nda makan sardin tau.
Kalau nda silap since bulan satu lepas tu pun kawan nak buat sandwich..
Ohhhh, sungguh tidak meminati sardin.
Tapi lain pula jadinya kali ni....
Baca ja perkataan 'sardin' aku terus rasa nak makan..
Nak sangat!

Aku bab-bab makanan mudah hilang mood juga. Contohnya kalau aku duduk sorang kat umah, memang tak banyak idea nak makan itu-ini tapi kalau aku ada kawan, apa dia makan aku nak makan.
Pantang sebut makanan, yang aku tak ingin makan pun jadi ingin... Maka lepas Panjang balik umah, aku pun berjalan ke kedai nak membeli 'sardin' (senyum sendiri).

Dipendekkan cerita, inilah hasilnya...

Tadaaaa! Hanya gambar hiasan...
Sori sebab tak sempat nak ambik pic malam tadi tapi hampir serupalah color dan bahan dalam pic tu cuma aku tak letak cili merah ja..

Bila kami start makan, entah kenapa aku rasa masakan aku tu sedap sangat. Fuh. Rasa macam bole habis 3 pinggan nasi tapi hampeh sebab baru sepinggan dan rasa penuh. Aku hanya memerhati anak aku makan dengan selera sekali dan menjeling pada babahnya pun sama. Aik, suka ye? Kesian... Nanti ayang masak sardin selalulah k...

Aku selalunya kalau masak ikan sardin dalam tin adalah beberapa perencah lain yang aku bubuh dalam tu. Antaranya ialah:
-sos cili
-bawang besar
-tomato
-cili merah (utk bagi lawa sikit)
-cili padi (tak payah lenyek. Masukkan sebiji2, kalau nak lagi feel lebih jangan buang tangkai)
-garam
-sedikit air
-halia, bawang merah dan bawang putih (tumbuk)
-sedikit cili giling

Tapi sebelum tu, masakan ikan sardin yang sedap tidak hanya bergantung pada perencah tambahan tetapi kena pilih jenama sardin yang tepat. Antara jenama sardin yang sedap ialah:


Tapi sardin yang aku pakai semalam ialah Yeos... Memang lazat!
Di Fb aku pun dah heboh pasal sardin... Tiba2 ja sardin jadi famous.
Selamat mencuba!

5 comments:

abglan said...

Sempat ke makan sahur nie, sibuk masak je..

jejahjohan said...

Sardin nie favourite fadzli...

Cikgu Abah said...

waduh-waduh....tengahri dah cerite makan ni..
terliur ni..hehehe...

Nani said...

abglan: sempatla... nani bangun 2.30am, makan dlm 3.30am

izah: diala yg rekomen Marina tu tp nani blm penah try sbb sblm ni bkn mkn sardin sgt pun..

Fazil: sabar, sabar... hehe

nuranne said...

bab2 sardin ni buat terasa macam di hostel haha. Jarang layan sardin kalau di rumah. Tapi kalau di hostel muka pun macam sardin sudah haha.