Friday 19 August 2011

SALAHKAH ISTERI TAK BEKERJA?

Dah, tak yah cari butang new post. Entry ni ada kat atas sikit ja...

Aku bukan mengamuk kerana disalahkan tidak bekerja tetapi hanya nak meluahkan rasa hati wanita yang tak bekerja. Ini bukan edisi sentap-menyentap, hanya luahan perasaan saja. Tapi dengan perasaan yang cool, tak mau emo2 ye.. Hehehe..

Ok cam ni, kemarin chat dengan sorang member yang juga dah resign dan jadi surirumah sahaja. Suaminya ialah taukeh jual kereta. Kalau nak kata kaya, kayalah juga, kalau nak kata sederhana pun boleh sebab laki dia memang jenis ekonomi punya olang... Alamak, dah tersleng Cina la pulak.

So aku tanyalah dia, ok ka jadi surirumah? Dia kata ok tapi selalu kena warning jangan pakai duit banyak sangat.. Urm, macam pernah ku dengar ayat seumpama itu dari bibir seseorang. Siapa? Tak yahlah kau nak sibuk, baca abis dulu...

Ok, aku kadang berada dalam dilema... Perempuan masa kini adakah tidak releven lagikah duduk rumah..? Macam kawan aku tu, bukan dia nda mau keja tapi laki dia yang nda suruh sebab laki dia nda mau cari orang gaji tapi boleh pulak kena warning jangan pakai duit banyak hingga kawan aku malu mau minta duit poket dan hanya menunggu dihulur. Kesian perempuan kan? Rasa hina pulak kami ni... Ceah, tiadalah. Gurau jak.

Aku keliru bahawa, isteri harus duduk rumah jaga anak atau perlu kerja juga..? Pasal apa, fenomena zaman sekarang, yang dapat laki kaya pun, isteri dia masih ingin bekerja. Yang dapat laki kaya tanpa warning pakai duit banyak pun, siisteri tetap mau kerja juga.. Kalau yang dapat suami kurang kaya tu kita fahamlah mau tambah income kan....

Ada lelaki mau isterinya duduk rumah tapi isteri berdegil mau juga bekerja. Ada pula isteri yang diizin bekerja tapi berdegil mau duduk rumah...

Tapi jawapannya ialah, tak kiralah suami kaya ka, kurang kaya ka, isteri mahu bekerja kerana inginkan kebebasan dan kemuliaan dalam hal kewangan.. Zaman skg suami mithali dah tak ramai, off coz kebanyakan akan dapat warning yang sama macam kawan aku tu kan... Cuma saja cara warning tu yang lain mengikut suami masing2..

Lepas tu, kes cerai-berai yang makin menjadi2 tu memberi satu perasaan fobia kepada setiap wanita, adakah nasibnya terbela jika tiba2 ditinggalkan suami? Ya, kalau difikir2 memang menakutkan.

Ok, sekarang cuba korang tanya aku kenapa aku tak nak keja? Jawapan aku sudah tentunya panjang lebar kerana aku akan gunakan bahasa paling saintifik untuk menunjukkan aku wanita tak bekerja yang paling baik. Oh, riak tu. Tak boleh. Baiklah, pendek kata sama ada wanita tu kerja atau duduk rumah, itu tak salah apa2... Kerja pun dia masih ada tanggungjawab, tak kerja pun lagilah ada tanggungjawab tapi nasihat ku kepada wanita yang ikhlas untuk jadi surirumah, kita yakinlah pada rahmat Allah... jangan fikir yang bukan2, jangan takut kita ditinggalkan suami lalu tiada tempat bergantung. Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup diiringi dengan niat dan setiap niat yang baik akan dipelihara oleh Allah dari segala keburukan. Sama2lah kita bermohon, agar kita jadi SURI yang terbaik hingga suami2 kita tak sanggup nak tinggalkan kita kecuali ditinggal kerana mati. Jika berlaku juga, itu ujian... Bersangka baik pada Allah bahawa setiap kesulitan akan dibalas degan kesenangan olehNya..

Buat masa ni, aku masih dengan kedudukan ku iaitu duduk rumah, sehinggalah jika keadaan betul2 perlu untuk aku turun padang barulah aku beraksi. Sesungguhnya bagi wanita itu, rumah adalah yang lebih baik bagi dia.

Akhir kata, kalau penulisan ini tak berapa perfect, korang tambah2kanlah melalui komen...

6 comments:

Anonymous said...

Duduk rumah pun boleh tambah pendapatan jg nani..bukan hanya keluar bekerja.skrg ni zaman suda berubah..siapa bilang mau ada butik d luar baru boleh bisnes,siapa bilang mau duduk d ofis 8 jam sehari baru di katakan kerja..semuanya d hujung jari skrg..duduk rumah pun tetap uncome masuk..

Ida said...

skrg dlm fb pun boleh bisnes jg,bikin blog begini pun boleh bisnes jg..tak payah keluar bekerja..jadilah surirumah sepenuh masa tp tetap ada income..

Nani said...

tu lah, bila jadi surirumah, buatlah inisiatif sikit untuk cari duit kan...

Norhisham Nordin said...

duduk rumah lagi best tau... huhuhu... boring pun mgkin laa tapi pandai2 laa isi masa lapang...

Anonymous said...

Memang best duk umah, aik cam penah ja duk umah ni? Hehe.. Aku kalau keje cepat stress sbb badan tak tahan penat. Mana nak keja lagi, urus anak, rumah lagi. Aduh, pening. Alhamdulillah setakat ni aku selesa jadi surirumah wpun pada mulanya kekok juga tp inilah impian ku sejak dulu.

butiknas said...

mulut orang tak boleh ditutup. memang banyak orang pandang serong pada surirumah. bila org tanye keje apa. Bila jwb x keje muka lain je pandang. ada yg kata ' hai intungnya duk umah senangnya hidup x yah susah2 keje'. nampakya kdg2 org yg bekerja ni pn x bersyukur.tapi ada aku kisah. sbab kan ada suami wajarla keje ke tak. peduli apa. lainla tak de suami tapi mintak2 kat org tu lagi melampau. pastu keluarga mertua yang suke hina2 menantu tak keje ni anggap tumpang senang anak dia dan susahkan hidup ank dia. keje ke tak keje ke yg penting tau bersyukur dan ingat Allah selalu tu je. ada duit banyak tapi tak berkat buat apa. yg penting didik ank yg bakal mendoakan kita bila kita tiada nnti. jumpa saya di http://www.butiknas.blogspot.com