Saturday 20 August 2011

Pindah Rumah Siri 2

Aku sedih nak tinggalkan rumah yang sekarang ni....
Aku kalau dah stay satu tempat dan aku suka tempat tu, payah untuk aku pindah tempat lain.
Masa study di Melaka hari tu, aku suka sangat bandar Melaka dan aku suka sangat hostel kitorang sampaikan nak balik Sabah aku frust gila!
Memang gila!

Pernah sekali tu raya tahun 2003, semua housemate balik rumah sebab cuti... Masa tu dah couple dengan si Panjang (ajuk abglan), dan si Panjang udah balik ke Sabah untuk beraya, aku sanggup sorang2 kat hostel yang seram (bila diingat balik) dan sakit terbaring sorang diri dalam bilik sebab semua kawan dah balik. Nasib tak mati kalau tak dah busuk aku agaknya dalam tu baru orang tau, nasiblah si Panjang kejap2 call sebab dia tau aku sorg2 dalam rumah. Cewah! kisah cinta dulu2la katakan. Sanggup hanya kerana aku terlalu suka tempat tu.
Nasiblah kawan rapat aku yang sangat sayangkan aku hingga mak dia ambik aku anak angkat, datang balik ke hostel angkut aku balik ke Masjid Tanah dan beraya bersama dorang. Uhhh, terharunya. Tq Aien, jasa mu dikenang, Insya Allah ada rezeki nanti aku datang melawat family kau di Melaka...

Dan inilah juga perasaan ku utk rumah ni sebab tuan rumah dia baik sangat.
Masa mula2 masuk rumah ni, segalanya sudah diatur dengan baik. Aunty Shanaz siap cat balik, letak aircond dalam kedua2 bilik, bagi perabot sikit... memang kitorang masuk dalam keadaan yang selesa.

Lain pula ceritanya dengan tuan rumah baru ni. Dia seorang guru, dia baik tapi mungkin tiada masa nak uruskan rumah so "adakah" patut dia suruh aku bersihkan sendiri rumah tu? Alamak! Walaupun dia letak deposit sewa hanya untuk sewa sebulan (mulanya 2 bulan), tapi aku rasa masi tak berbaloi sebab rumah tu serba kekurangan. Langsir pun tiada, dinding pun ada lekat gam sini-sana.. Perabot langsung tiada ok. Aircond jauh sekali. Aduh! So aku sms aunty Theresa tadi minta dia pertimbangkan sewa sebab bnyk duit aku keluar nak buat rumah tu elok. Doa2 dia bagilah aku diskaun.

Rasa macam nak cat dinding utama dengan color
ni supaya kalau anak aku conteng tak nampak sangat.

Insya Allah kalau semua berjalan dengan lancar, aku nak cat balik dinding rumah tu di mana2 bahagian yang perlu dan angkut barang dari kampung. Oh, tak sabarnya nak duduk rumah yang complete rasa macam duduk seumur hidup kat situ. Aku ni obses sikit pasal rumah. Aku nak rumah aku adalah tempat paling seronok dalam hidup aku. aku rindu meja makan aku, peti sejuk aku, almari baju aku, meja solek aku, pinggan mangkuk aku, semualah... Ko ada? Hehehe...


2 comments:

abglan said...

Mana gambor rumah barunye? :P

Anonymous said...

Belum sempat ambik... Nanti tuan rumah dah bagi kunci aku snap hehe..