Wednesday 10 August 2011

Makan-Makan dan Nyanyi-Nyanyi

Semalam sambut bufday caousin aku ERIC....
Cousin aku ni anak yatim, selepas ayah dia meninggal dunia ketika dia masih kecik, mak dia pula kawin orang lain dan tinggalkan dia sebab masa tu Eric dibesarkan oleh mendiang atuknya... Dan sudah 11 tahun Eric tak jumpa mak dia yang rasanya dah balik Indon ikut suami barunya.. Ibunya bukan tak nak dia lagi tapi masa tu Eric dah selesa tinggal dengan atuknya.. So, now my mom is like his mom la.. so he's like my brother la kan... Beria-ia budak ni nak sambut bufday, so aku as like his sis support ajelah setakat mana yang boleh.

Mula2 nak sambut kat umah je, tapi kalau kat umah takde pa nak buat. Nak nyanyi kang, jiran kebisingan so so kitorang pakat2 sambut di karaoke sajalah.. Acara bermula 9.30 pm-11.30 pm.. Selamat menjamu mata hehe...

 Inilah kek Eric... Tak sedap sebab tak sempat carik yang best.. Lupa pula bawah tu ada kedai kek... La...
 Kanak2 tua menyanyikan lagu happy bday...
 Pisau kek pun lupa mintak kat kedai...
 Bersama abang ipar...
 Adala juga nyanyi skittt ....
 Baju biru ialah Panjang.. bagi yang belum kenal tu, ha ni lah dia suami tercinta ku.. Uhuk! Uhuk!
 Ha, nyanyi sakan... Rasa macam nak telan mic tu..
 Pose istimewa dari Eric...
 Bersama gadis idaman.. Dengar khabar Eric tulis surat cinta kat budak pempuan tu dan budak ni suka senyum bila gambar dia diambil ok... Tak cam aku, bila nak ambil pic selalu confuse, nak senyum nampak gigi ke nak senyum simpul tapi selalunya aku suka senyum simpul... Ayulah kononnya...

Ni semua rakan sekerja... Kadang2 time keja dorang pandai gak gaduh2 tapi bila dah enjoy, tak kenal musuh lagi dah.. Tu tekanan kerja, masing2 hot sendiri so kena selalu enjoy macam ni supaya silaturahim erat semula.. Beberapa orang antara mereka ni ialah warga Filipina...

Ok, sekian saja entry tuk hari ni..
Salam sayang semua....

3 comments:

abglan said...

Wah... meriahnya, ank tak ikut? he he

Nani said...

tak, anak dah balik kampung. kakak ipar culik hari tu...

Norhisham Nordin said...

wahhhh, meriahnya korang...!!!!