Thursday 4 August 2011

Budak Perempuan Muka Bulat Yang Comel Ialah...



Chibi Maruko-chan ataupun Maruko Kecil (Bahasa Jepun: ちびまる子ちゃん) adalah satu manga oleh Momoko Sakura yang amat terkenal dengan rancangan televisyennya. Rancangan anime televisyen terhasil daripada manga tersebut. Ia telah disiarkan secara original oleh Fuji Television dari tahun 1990 sehinggalah 1992.
Siri animasi ini telah lama disiarkan di Malaysia melalui saluran NTV 7 pada setiap Sabtu jam 11:30 pagi. Sebelum ini, ia pernah disiarkan di 8TV pada tahun 2004 tetapi ia adalah di dalam alih bahasa Bahasa Mandarin dengan sarikata Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pada pertengahan 2005, rancangan ini telah diterjemaah ke dalam Bahasa Melayu di NTV 7 sehingga awal 2006 dan sejak 24 Mac 2006 hingga Julai 2007.

Chibi Maruko-chan memaparkan tentang kehidupan seorang budak perempuan kecil yang telah diberikan gelaran "Maruko" di sesebuah tempat di pinggir kota pada lewat70-an Jepun. Pada asalnya, satu siri shōjo manga telah dibuat untuk merayu tentang memori kehidupan kanak-kanak wanita muda. Ia telah menemui penonton yang banyak, kebanyakannya kanak-kanak yang tahu tentang heroin muda ini. Pelbagai permainan video, filem animasi, dan banyak produk-produk juga telah dikenalkan, termasuk musim kedua siri TV yang berjalan sejak tahun 1995 sehinggalah sekarang sejak pengenalan Chibi Maruko-chan. Stail Maruko dan temanya sesekali telah dibandingkan dengan komik klasik Sazae-san.



Watak utama, Maruko, adalah seorang budak yang berumur sembilan tahun, yang berada di darjah tiga. Dia malas, tidak teratur dan selalu lewat ke sekolah. Dia juga kerap bergaduh dengan kakaknya yang bersih dan teratur yang mesti berkongsi biliknya dengan Maruko. Mereka selalu bertengkar untuk perkara yang remeh. Maruko, seperti banyak budak lain, selalu mengelakkan dirinya daripada melakukan kerja sekolah dan kerja rumah, dan telah mengambil kesempatan terhadap datuknya Namun begitu, dia adalah seorang budak yang mudah memahami dan banyak mencuba untuk berbuat baik.
Nama sebenarnya adalah Momoko Sakura (さくらももこ Sakura Momoko), sama seperti nama pena pembuatnya, Miki Miura 三浦 美紀 (yang menggunakan masa kanak-kanaknya sebagai inspirasi). Nama samarannya "Maruko" telah diperoleh daripada marui ("bulat", disebabkan oleh mukanya yang bulat) dan -ko (budak perempuan); dan prifix chibi dan sufix -chan juga boleh diggunakan untuk merujuk kepada anak comel.
Watak-watak yang lain termasuk teman sekelas Maruko dan kawan baiknya Tama-chan. Satu watak yang digemari oleh peminat Chibi Maruko-chan ialah datuk Maruko yang ikhlas tetapi pelupa. Jahil dan mudah ditipu, dia menyimpan seekor kura-kura dan suka menonton televisyen bersama dengan Maruko. Apabila berasa tertekan ataupun nostalgik, secara spontan, dia akan berundur ke dunia maya bersifat dalaman untuk membaikkan haiku yang sedih tetapi lucu tentang mindanya.
*********************************************************************************************
Dah lama rupanya Maruko Chan ni kan?
Apa2pun, cerita dia memang best dan penuh pengajaran.

4 comments:

Cikgu Abah said...

kalau 1990 die berusia 9tahun..
2011 mesti dah 30tahun kan..
tapi tu la..name pon katun..
tetap 9tahun kan..hehehehe..
same macam shin chan dari dulu sekolah tadika tak abis-abis..hehehe..

Nani said...

ni yg best kartun2 dari jepun ni.. tak lapuk dek zaman...

abglan said...

Ler.. dah lama rupanya kartun ni, ingatkan kartun baru...

Nani said...

tu la pasal... hehe