Monday, 17 June 2013

Target

Bila ku kenang2 jatuh bangunnya aku 4 tahun kebelakangan ini, agak hebat juga cabaran yg pernah dan sdg aku tempuhi.

2010: melepaskan kerjaya, biarpun kuli2 sahaja dan berstatus kontrak. Kalau aku tidak lepaskan kerja ni mgkn aku ada peluang menjadi staff gomen yg bertaraf kekal.

2011: mencuba nasib di bandar dan menimba pengalaman bekerja dgn swasta. Pengalaman yg tidaklah menarik sangat tp dari pengalaman suami menjadi driver katering itulah yg menjadi inspirasi kami memulakan perniagaan sewa kanopi.

2012: bulan April, kami kembali ke kampung, ingin meninggalkan suka-duka di bandar dan membina hidup baru di kampung seterusnya membuka perniagaan sewa kanopi berkongsi modal dgn kawan.

2013: hari-hari biasa aku meniaga di kantin sekolah, wpun income tidaklah seberapa namun bolelah tanggung kami tiga beranak semasa bukan musim kanopi di sewa.

Aku sangat positif memulakan tahun 2013 dgn semangat yg berkobar-kobar. Mahu meningkatkan taraf hidup dengan cara bekerja sendiri. Tidak susah dan tidak mudah namun masih perit.

Aku mulakan tahun 2013 dengan perancangan membuat rumah. Tidaklah mewah tidaklah mahal namun aku mengimpikan syurga kecil ini aman utk didiami namun tidak menjadi kerana ada seseorang yg menghalang. Dgn alasan tapak tidak sesuai bla.. Bla.. Bla.. Tertangguh lagi.

Kelihatan seperti semuanya tidaklah seteruk mana. Sentiasa ada perkara positif berlaku setiap tahun namun yg menyakitkan ada insan yang selalu mencari silap kami. Menilai pencapaian kami dari sudut negatif. Sedih, sakit dan kecewa sekali. Kalau boleh aku mau hidup jauh dari sini. Jauh dari manusia2 yg suka menilai, manusia2 yg membawa aura negatif. Hanya doa saja mengiringi perjalanan ini semoga kesakitan ini berbaloi di belakang hari.

Aku mahu mengubah hidup dan ingin mencapai sesuatu pada umur 30 tahun; 2015! At least aku ada aset rumah, saving, bisnes yg terus berjalan dan maju serta membeli beberapa bidang tanah sbg hak milik sndri bukan dari bapa, bukan dari mertua. Aku catatkan semuanya di sini, bukan mau tunjuk bagus, jauh sekali berlagak tp aku mau push diri utk betul2 berusaha mencapai matlamat singkat ini. Tq kpd yg memahami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Pelan2 pasti ko bole...yg pnting ko ada sumber kwgn skrg ni..byk bisnes ko buli bt sbnrnya..slain dr be kantin tu saja..tp laki ko misti support ko sama2 bg tumpuan..sama2 pikul tu beban..jgn just follow..hihi..klu bini kuat pasti laki lg kuat dn smngt cari duit..sbb bini slalu jd sumber inspirasi laku utk trus brjaya..

Nani said...

tq kak... hrp lki ku faham apa yg aku mau capai dlm hidup ni...