Monday 10 October 2011

Statistik Perceraian

Langit tidak selalunya cerah..Siapa mahu keluarga yang telah dibina berakhir dengan perceraian? Siapakah si waras yang mahu bahtera rumahtangganya berakhir dengan kemusnahan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak telah hadir di sisi menagih kasih sayang, penjagaan dan keprihatinan.

Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dibuat lawak. Bergegar ‘Arasy Allah bila Talaq berlaku dan Talaqlah perkara ‘halal’ yang paling dibenci Allah.



Bila sebut perkahwinan maka ia adalah ‘aqad untuk saling bertanggungjawab, beramanah, bersefahaman, bertoleransi malah ia adalah sebuah perkongsian pintar yang terbina di atas Mahabbatullah bersuluhkan iman, ilmu dan pengalaman bersumberkan firman dan sabda.

Bila perinsip asas ini gagal dihayati, maka perkahwinan hakikatnya dibina di atas dahan yang sangat rapuh. Sudahnya, ia bagaikan empangan retak yang menanti belah. Faktor-faktor lain ketika itu hanya bertindak sebagai ‘penambah perisa’ kepada ketidak tentuan dan keretakan itu.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, telah berlaku 42.3 peratus kes perceraian dan peratusannya seperti berikut:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

B. Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan:
1. Cina, iaitu 45.8 peratus
2. Melayu (44.9 peratus)
3. India (20 peratus).

C. Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai:
1. India : (30 peratus)
2. Melayu (7.4 peratus)

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman DI dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur semalam.

beritaharian online@sahabatamal

6 comments:

Nana Eddy said...

Mintak simpang dari perkara2 ni. Mudah2an mentua, ipai duai oke, husband dan saya saling sefahaman dan memahami dan mudah2an tiada unsur2 luar yang akan mengganggu-gugat rumahtangga~

Aki said...

kenapa kawin kalau mau cerai??

Anonymous said...

Susah mau sakaplah aki. Kau baca entry di bwh tu.

Nana: amin.

Unknown said...

betul tu aki..

napa kawin kalau mau cerai kan..

napa beranak ramai kalau mau cerai kan..

huh! complicated..

at the end.. anak2 jadi mangsa..

abglan said...

Kena pelan-pela kayuh, aku dulu mula-mula kawin rasa macam kejutan budaya jugak. Perkahwinan memang sesuatu yang sangat luar dari jangkaan.. but I like!

A.s.t.i.n.a said...

tiada sapapun pernah kawin untuk bercerai.. sukar utk nyatakan.. cerai itu perkara halal yg Allah paling tidak suka...

saya penah melaluinya T_T

sakit....
sedih..
hina...
sendiri...

ketentuanNya