Tuesday 18 October 2011

SIAPA AKU ?

Cuaca mendung dan line nda berapa clear. Mau blogwalking pun nda tenang. Gangguan. Dengan keobsesan ku berinternet ni kan, sesuai supaya aku beli ipad, lupakan ipHone. Dan kenapa keypad Curve lebih sedap dari Bold? Dulu keypad Bold lebih sedap dari Nokia (memangla).

Kamu rasa kamu betul2 kenal diri kamu ka?

Pernahkah kamu lupa siapa diri kamu yang sebenar?

Masa boleh mengubah kita dan adakalanya kita nda perasan pun perubahan dalaman kita dan msih menganggap kita masih macam dulu.

Terus-terang, aku masih belum kenal diri aku yang sebenar dan aku masih ada krisis identiti hingga kini walaupun aku sudah berada difasa kedewasaan. Aku rasa aku masih bersembunyi disebalik diri sendiri kerana bila aku mengaku bahawa inilah diri aku yang sebenarnya, jiwa aku meronta2 memberitahu bahawa adalagi diri lain disebalik diri yang sekarang ini dan aku belum berapa pasti diri yang macam mana kah yang tersembunyi itu? Cuma satu aku pasti diri yang masih malu2 menonjol itu jauh lebih sempurna dari yng sedang ada sekarang ni. Diri yang tersembunyi itu, sangat positif orangnya, berimpian tinggi, tingga daya usaha, periang, dan sentiasa dapat apa yang dia mau.

Aku rasa ada satu dinding pemisah untuk aku jadi diri yang sebenarnya dan aku tau dinding jenis apa yang mnghalang itu cuma kadang2 aku lupa. Aku lupa yang aku terpaksa memilih jadi diri yang sekarang kerana memberi peluang pda orang lain yang sepatutnya mencari dan memiliki dirinya yang sebenar.

Dan sebenarnya aku yang sekarang ialah

Seorang isteri yang sangat menyayangi pasangannya.

Seorang anak yang yang belum membalAs jasa ibubapanya.

Seorang ibu yang cuba mendidik anaknya agar mencapai impian dalam hidup dan akan bahagia.

Seorang wanita yang menunda segala keinginanya demi untuk lelaki yang sangat dia cintai.

Untuk mengakhiri entry ni, ni dia lagu Siti sebagai soundtrack hehe

BISA KAH?

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

2 comments:

A.s.t.i.n.a said...

di hati kita ada suatu titik kosong.... kekadang kita berada di situ..

titik kosong itulah yg harus dijaga kerana ia mudah disinggahi oleh sesiapa jua..

Nani said...

Astina: aku gelisah sepanjang malam kerana mau mengedit entry ini dan untunglah kau sebab kau sempat baca dgn lebih detail sb masa ku membalas komen mu aku sudah pun mengeditnya. Ai, kdg2 over bah aku ni dlm menulis.

Aku setuju setiap hati manusia ada ruang kosong yg tersisih dan kalau ia terbiar lama, mmg bahaya.

Kenapa nda buli buka blog kau dari hanfon aku? Tiada link blog di situ.