Wednesday 12 October 2011

Saya Tiada Cerita Dari Beliau

Kalau kamu mau cerita tentang beliau sila ke blog Nowriz. Sori nda dapat bagi link sebab hanfon aku nda cukup canggih untuk itu semua. Si Nowriz ni kalau di rumah nama panggilannya si Nonong dan dia anak sulung dari 8 beradik kalau nda silap tapi aku nda biasa panggil dia si Nonong. Aku biasa panggil dia si Aming. Aku memang kenal family dorang dan aku tau sangat pasal beliaunya. Aku tulis entry ni bukan mau tumpang glamer tapi adala yang aku mau sampaikan.

Aku respek beliau si Aming. Kalau duduk satu kereta sama dia nda akan sunyi. Dia pandai bawa orang berbual,pandai buat lawak dan pandai becakapla pendek kata. Beza dengan beliau kau. Kalau jalan dari Pitas ke KK pun kau buli kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut dan kamu akan sedar dia bukan beliau yang mesra dengan anak2. Sunyi kereta. Tiada lawak dan tiada hilai tawa kau dengar kalau jalan sama beliau ku. Aku nda sedih pun, aku sudah sebati dengan karakter beliau ku. Tapi kalau kau mau dengar suaranya tunggu dia membebel. Nah, satu hari satu malam nda abis tu. Mengkritik ja kerjanya tapi tu pun aku sebati suda. Kadang2 hingga sekarang bapa masih nda memandang kami sebagai anak yang dewasa tapi percakapannya dan kadang layanannya kami ni macam baru budak abis sekolah. Hmmm, tu yang aku terasa sikit tapi biasalah. Ibubapa ada karenah masing2. Beliau ku muda lagi, baru 46 tahun, mamaku 45 tahun.

Aku nda pernah bincang sesuatu yang peribadi sama bapa sebab aku nda fikir yang dia boleh faham dan mau berbincang dari hati ke hati. Apa yang dia tau, menyalahkan, mengkritik dan mencari silap anak2. Bapa kurang hormatkan anak2 tapi walaupun begitu bapa sudah bagi aku kemewahan dan kesenangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dia mula bising2 sbb dia kata ' mengasi abis duit ja yang kamu tau'. Hahaha. Sentap jugalah tapi bapa, apa yang kami makan dari rezeki yang bapa bawa tidaklah Allah sia2kan untuk bapa. Mudah2an kami berkesempatan membalasnya.

Bapa aku nda sekolah tinggi, memulakan hidup sebagai buruh kasar di KK ni, kemudian balik kampung jaga kebun, jadi kakitangan rendah Pejabat Daerah dan kini mungkin dia lebih kaya dari D.O (I think) hahaha. Bukan tembirang ah. Kenyataan. Tapi kamu nda akan percaya sbb bapa ada 4 biji kereta second hand (bukan ninja Super King) dan rumah pun rumah papan PPRT saja (bukan banglo) sedangkan kawan2 bapa semuanya kelihatan apa yang dorang ada. Sungguh pun begitu aku kagum dengan bapa sebab walaupun dia tau dia mampu dia tidak menunjuk. Kawan2 lain berlumba2 pakai kereta mewah, bapa steady ja pakai kereta second hand. Kawan2 yang lain suda buat banglo, bapa masi duduk rumah PPRT. Aku harap bapa ada simpanan yang cukup kerana tidak memebeli aset2 tersebut.

Aku kagum dengan cara bapa memajukan diri walaupun dia bukan bapa yang penyayang dan mengambil berat tapi aku pernah kecewakan harapannya. Aku suma berdoa agar aku diberi rezeki dan kesempatan utk menggembirakan dan membanggakan bapa sebelum dorang betul2 tua. Amin.

5 comments:

Aki said...

dia sayang juga tu Kak.. Kakak ja nda nampak.. besalah lelaki ni.. ego sikit.. :-p

Unknown said...

glamer ka?

ko tidak keseorangan.. aku rapat sama beliau laki ja..

yang beliau perempuan.. terus terang.. aku kurang berkomunikasi..

Anonymous said...

Nanialing
Ming: glamer tp aku glamer skit lg la haha. Mgkn gitu la ba kali tu. Kalau bapa ok mama yg x ok. Klu mama x ok, bapa yg ok. Aku harap aku dan laki ku dua2 ok sama anak.

Aki: ya syg jg tp dia x suka tunjuk

~ As ~ said...

bapa aku sayang aku skrang pasal cucunya ja means anak2 aku...ahahaha...hari2 Azam, hari2 Amira...ahhh ni anak sapa ni? anak aku ka anak bapa mama aku ni?
memang, cucu lagi manis dari anak.

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih