Friday 14 October 2011

Play The Game Part 2

Bah, lepas siri satu aku pula nda sabar mau post siri dua. Suda ku bikin bah semalam dan aku save dalam draf tapi sekali ku check tadi pagi, ndada suda. Salah klik kali aku semalam. Adedeh begitu rancak aku menaip dihanfon, hilang pulak. Aduh, aduh, aduuuuh! Tapi nda apala, just play2 la ni hehe.

 Pendek kata bila suda kenal cinta, kenal lelaki dan paling penting kenal diri so boleh suda main game. Just play2 la bilang urang putih.Dan ini juga pengalaman. Sebelum tu aku mau tanya, pernahkah kamu mengalami seorang lelaki yang sangat kamu kagumi dan kamu nda terfikir pun akan ada apa2 dengannya tapi dia tiba2 minat dengan kamu?

Pernah kah kamu dengan tiada kata putus tapi tiba si lelaki yang sepatutnya memuja kamu itu tiba2 dingin dan melayan kamu seolah kamu bukan kenalan rapat apatah lagi ada pertalian hati?

Ok, aku pernah mengalami ini.

So itulah, tiba2 dia dingin dan melayan aku mcm kami nda pernah rapat tanpa ada petunjuk jelas dan bagi lelaki kategori dia aku merasa tercabar. Mula2 frust jugalah, macam nda mau makan selama 2 minggu (cewah) tapi terdetik dalam hati "ok, kau mau main sama aku" then aku mainlah. Aaaaa, si Aki. Bukan main* dengan si Aki. Ni play2 ja hehe.

So kalau dulu aku akan terus berdiam diri sebab malu. Bagi aku "bah biarlah bah kalau orang nda mau sudah" tapi kali ini beza. Aku layan ja, manatau keadaan akan berubah. Dan dalam masa 2 hari saja kira aku sudah berjaya memikat dia semula. Well, saja mu test dia.  So aku bagitau kawan aku adakah ini dikira kemenangan? Katanya its was a beginning. (Betulkah ayat ku tu?) Hmm, lantaklah. Oh! Beginning? Huhu. Aiyak. (blur kejap sebab aku sdg dgr lagu Gurindam Jiwa nda sesuai sama cerita ni.)

So apa yang aku belajar masa tu tentang relationship ialah, PLAY THE GAME. Ya, just play. Dan aku rasa fun sangat haha. Aku dapat harga diri aku balik dan moralnya janganlah kerana kegagalan yang sedikit kita mengalah. Kita ada pilihan untuk terus berundur dalam satu2 hubungan tapi cubalah kali ni dengan cara lain pula. Hilangkan rasa frust dan hilangkan seolah kau sudah tiada harga diri bila tiba2 dilayan sebegitu. Anggap ja ianya satu permainan yang seronok dan kau melawannya dengan penuh daya tarikan sehingga dia terleka dan tewas. Kan?

Apa yang lelaki suka tengok pada perempuan dan selalunya akan memikat dorang ialah tahap keyakinan diri kita dan sejauh mana keterbukaan pemikiran kite
a tentang sesuatu perkara juga cara kita bangun setelah kejatuhan. Dorang suka bila dalam manaj kita tapi kita mampu menguruskan hidup kita tanpa bergantung dengan orang lain. Dalam lembut kita ada tegasnya. Dalam diam kita boleh menceriakan hidupnya dan dalam tenang kita tapi kita berupaya menghiburkan dia. Perempuan harus pandai membawa diri dalam semua keadaan tapi mungkin bukan semua lelaki pandai menilai kita. Segala ciri yang aku bagi tadi hanya disedari oleh lelaki2 yang ada I.q tinggi so kalau pasangan kita yang slow sikit, memang dia nda nampak tu.

Dan ini kata2 yang aku cipta kemarin "salah satu sebab kenapa harus jadi wanita cantik ialah untuk mendapat SELF CONFIDENT bukan saja2 minta puji".

Lepas ni kalau ada lelaki yang cuba main tarik tali sama kamu dan kamu rasa kamu mau dia, kamu main ja.. Jangan cepat mengalah. Bulih tu tapi kena ngam teknikla. So selamat mengubah diri dan selamat mencuba. Gud luck girls! ;))

Dan seorang rakan lelaki aku pernah berkata, wanita yang mempersona ialah

"Muda tapi berfikiran matang, dan Matang tapi kelihatan muda".

Kalau nda faham nanti tanya.

3 comments:

Aki said...

bah,ngam la tu Kak.. main tarik tali.. ho ho ho..

Anonymous said...

Main tarik2 ja.

A.s.t.i.n.a said...

ahahahaaaa bestt entry ko ni Nani....
untuk org bujang boleh la.. sebab itu semua pengalaman.. tarik2 tali.. jinak2 merpati.. zaman ini mencabar oh..
dalam senyap2 di rumah pun boleh kenal org luar.. dunia di jari anda~~