Sunday 9 October 2011

Kamu Suka Bekerja?

Sekali lagi aku mau tanya, kamu suka bekerja?
Suka? Tidak?
Oh, ada yang kata suka, ada yang kata tak suka.
Apapun jawapan, aku 'bisa' memahami tapi jawapan aku ialah TIDAK !
Of coz lah kan, kalau suka mana mungkin aku memilih menjadi surirumah walaupun keadaan kewangan keluarga sebenarnya memerlukan aku agar bekerja membantu suami.

Asasnya manusia hanya suka bersenang-lenang.
Kalau boleh biar goyang kaki tapi tiap jam duit masuk akaun bank.
Makan gaji mana mungkin membenarkan hal sedemikian rupa.
Kerja sendiri juga tidak akan ada hal seperti itu.
Jika kamu tau, goyang kaki dapat duit hanya akan berlaku jika anda seorang pelabur tapi bukan pelabur kecil2an tapi paling kurang 1 juta ringgit!
Hanya melabur dengan jumlah itu baru anda akan goyang kaki dapat duit.

Aku masih dalam dilema dan sering menyoal diri.. Sampai bila aku harus duduk di rumah? Berbaloikah aku duduk di rumah? Patutkah aku mencuba sekali lagi untuk bekerja membantu suami mencari nafkah?
Sebenarnya aku masih belum ada jawapan pasti. Adakalanya kami mampu bermewah2 pada bulan2 tertentu dan 3 bulan kebelakangan ini seolah seperti keadaan kewangan kami semakin membimbangkan tapi alhamdulillah aku masih belum terdesak dgn keadaan ini. Aku masih mahu menguji ketahanan diri, dan aku masih mahu melihat kemampuan diri adakah keadaan ini boleh kami atasi dengan hanya bertahan begini?
Ya, aku mau belajar sesuatu darinya. Tidak Cukup Wang adalah ayat yang menakutkan sepatutnya bagi orang macam aku yang sepatutnya ada income 5k paling kurang dengan cara hidup sekarang. Adakalanya menakutkan tapi aku mahu melaluinya dengan semulajadi.. Selepas berkahwin, 2011 boleh dikira sebagai tahun sukar bagi kami sejak berkahwin pada 2006.

Aku rasa kami masuk ke alam perkahwinan dengan perancangan dan starting yang baik sekali sehinggalah aku membuat perubahan drastik dan satu keputusan sukar pada hujung 2009 dan boleh dianggap 2010 dan 2011 ialah fasa bagi kami membina semula kehidupan.

Dan diusia ini (26 tahun) sepatutnya fokus aku dan suami seharusnya pada kerjaya kerana kami sudah membina sebuah keluarga dan dalam perjalanan untuk membesarkan keluarga dan mempastikan anak2 membesar dengan persekitaran yang tak payah mewah, cukup sekadar selesa dan sederhana.

Tetapi apa yg berlaku sekarang, aku tiada kerjaya dan suami juga belum menjumpai kerjaya yang betul2 sebati dgn dirinya. Sekarang, dia memang belum fokus pada kerjaya kerana mungkin pada usia 26 terlalu mentah untuk dia fokuskan diri tapi aku nampak kesedaran yang dia ada dan pemikirannya sudah ke arah itu cuma dia tak boleh lakukan secara drastik. So, take him time. Aku mau tengok mcm mana dia bangunkan dirinya. Ikutkan hati aku tak sampai hati membiarkan dia berjuang sendirian but as a man, a father n a husband he will, he must!

Dia hanya perlukan sokongan dan aku masih belajar menjadi penyokong yang padu dan kukuh.

Ya Allah, suami ku bukan lulusan universiti yang membolehkan dia mengharap jawatan tinggi di mana2 sektor. Dia juga bukan lagi dari keluarga yang senang tapi aku mohon kepadaMu, di mana pun dan bagaimana pun dia bermula membona kehidupannya, Engkau berkatilah dan Engkau bukakanlah pintu rezeki kami agar kami boleh menggembirakan hati kedua ibu bapa kami dan adik-beradik kami. Izinkan orang tua kami menikmati budi kami sebelum mereka pergi. Amin.

5 comments:

Unknown said...

suka kerja?

yup!

kalau nda buat apa2 boring jua tu..

lagi best kalau dapat kerja yang kita btl2 minat & menjana kewangan yg banyak pula..

tapi dalam realiti kehidupanku.. mahu tidak mahu.. hatta sebesar mana pun penyakit malas melanda diri.. aku harus bekerja.. dalam situasi familyku sekarang.. aku harus bekerja..

loan belajar.. memaksa aku untuk bekerja.. hahaha

Anonymous said...

Aku pun malas kerja tapi sebenarnya mau keja tapi tunggu la dulu..

abglan said...

Erm... aku tak tau la suka yang mana, berkerja atau kerjaya sendiri... semua kena buat betul-betul.

Anonymous said...

Abglan: masa akan menentukan segalanya. Nani

A.s.t.i.n.a said...

Sa hanya mampu T_T baca ni geng