Monday 10 October 2011

Kalau Kawan Bercerai

Sebentar tadi kami perang di bbm.
Topik cerai berikutan ada member yang dalam diam sudah berpisah dengan suaminya baru beberapa bulan yang lalu.
Aku tumpang simpati dan sedih kerana apa yg aku tau dorang keluarga bahagia.
Usia perkawinan yang begitu muda. Baru tiga tahun.

Secara ringkas masalah dalaman rmhtga kawan aku ialah kewangan.
Itu punca pertama kemelut mereka hingga satu tahap mslh itu melarat ke bahagian lain yang menggugat kepercayaan suami isteri dan akhirnya membawa perceraian.

Member2 aku dlm bbm mengupas punca perceraian itu lebih kepada kewangan dan kawin muda.

Urm, aku tak setuju sebenarnya walaupun mungkin dan nyata itu ialah puncanya.

Betul, sebelum kita memutuskan utk berkahwin, kewangan dan kematangan harus di ambil kira tapi kawan aku yg bercerai ni rasanya berusia dalam lingkungan awal 30-an. So isu kawin muda mungkin boleh ditolak. Apa yg aku tak setuju dengan kewangan, cuba kita imbas semula kes2 perceraian di kalangan artis. Rasanya mereka bukan tidak cukup wang tapi perceraian masih berlaku. Kan?

Actually aku pun masi kurang clear tentang punca sebenar perceraian secara umum tapi apa yang aku yakin ialah dalam rumahtangga memang perlu kematangan. Kematangan adakalanya kita tidak boleh ukur berdasarkan usia kerana ada juga pasangan yang suda 40-an pun masih boleh bercerai. So what? (Aku rasa aku putar belit hujah sendiri dan aku sendiri yg bingung).

Aku rasa, apapun mslh dlm hubungan, toleransi, pertimbangan yg tinggi, ketenangan dan kesanggupan utk berbincang berkali2 itu sangat penting utk mencapai kesepakatan. Dalam kes kawan aku ni, aku rasa mungkin antara penyebabnya ialah ego isteri terlalu tinggi dan si suami pula tidak mampu berfikir panjang dan cepat buntu lalu melafazkan talak dengan harapan masing2 boleh menjalani hidup yg diingini sendiri (bukan keinginan bersama). Mungkin suami nak mcm ni tapi isteri tak boleh ikut. Si isteri plan mcm ni tapi suami pula tak mau ikut. Last2, masing2 bawa haluan. Tapi aku tau dorg masih saling mencintai dan berharap satu hari nanti mereka bersatu semula.

aku dan suami berkahwin pada usia 21 tahun (kami sebaya). Kalau dihitung2 usia tu aku sendiri rasa macam nda percaya yang kami berkahwin sebegitu muda. Sekarang, umur 28 pun masih muda aku rasakan. Kdg2 aku sedar, bila bertengkar dengan suami ketidakmatangan pasti terserlah. Pergaduhan seolah tiada penghujung dan isu yang menjadi maslah tiada penyelesaian tapi akhirnya kami berdua akan berdiam diri, bertenang hingga masing2 berpujuk2an sesama sendiri semula.

Adakalanya suami aku rasa tak mampu memberi yang terbaik pada keluarga (dia rasa terdesak utk jadi yg terbaik) dan berserah jika aku masih sanggup bersamanya, tapi aku bagi dia keyakinan dan tunjukkan padanya aku sanggup bersama biar susah atau senang hidup dengannya dan alhamdulillah kami sudah melalui 5 tahun pertama dlm fasa perkahwinan.

Tahun 2009 kami mengalami krisis yang membuatkan aku hampir2 memikirkan perpisahan kerana masa tu suami seolah tiada matlamat untuk membela keluarga. Masa tu kami masih di kampung, family keliling pinggang, kawan2 sentiasa ada bersama so mungkin suami belum merasakan suda tiba masa untuk dia berdikari so aku berfikir haruskah aku meneruskan hidup dengan suami yang begini? Kalau aku mau cari pasal boleh saja aku ke mahkamah menuntut nafkah zahir selama 3 tahun berkahwin dan masa itu aku bekerja dengan kerajaan (jawatan kontrak). Bila berbincang suami seolah tidak boleh menerima tanggungjawab dan ego aku mula memuncak tapi akhirnya aku mengambil keputusan utk mengorbankan kerjaya aku, membawanya ke bandar untuk bagi dia peluang mencari rezeki seterusnya menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Jika tidak, keputusan ku hanya satu. Pergi ke mahkamah dan menuntut cerai. Aku tak bimbang apa2 pada masa itu kerana aku boleh menyara anak aku dengan kerjaya itu. Aku sedar tindakan ini sangat berisiko kerana andai kata selepas aku resign dan suami masih tidak berubah sudah tentu itu satu pengorbanan yg memusnahkan diri sendiri tapi aku yakin Allah tak sukakan perceraian. Apa yang aku buat adalah utk menyelamatkan rumahtangga ku dan aku yakin Allah akan tunjuk jalan. Alhamdulillah, kami masih bersama hingga hari ini. Pendapatan isi rumah kami tidak menentu tapi jika masing2 saling menyokong, insya Allah apapun dugaan boleh ditempuh.

Bukan mudah aku menerima kedaan ini pada mulanya. Sejak kahwin kami tidak pernah hidup susah sehinggalah tahun ini kesusahan dari segi kewangan mula terasa bila aku tidak lagi bekerja. Aku jarang shopping dan berjimat seboleh yang mungkin. Aku adakalanya tertekan bila terpaksa mengubah diri menjadi sederhana dalam kewangan tapi inilah hasilnya. Inilah petunjuk Allah. Kami tidak jadi berpisah. Alhamdulillah.

So bila kawan aku bagitau hal perceraian dorang, aku rasa masalah rumahtangga kami tak jauh beza dan iktibarnya sangat jelas. Pengorbanan, toleransi, buang ego, berdoa, yakin pada kekuasaan Allah, berhijrah, dan sokonglah suami membina maruah diri dimata keluarga. Sehingga kini aku nda pernah menyesal melepaskan kerja aku kerana itulah penyelamat hubungan kami.

Dalam perkahwinan, fasa2 rumahtangga itu berbeza2. Bagi aku ada 3 jenis fasa iaitu 3 tahun pertama, 5 tahun pertama dan 10 tahun pertama itu merupakan fasa2 awal sama ada bahagia atau sukar dalam rumahtangga. Selepas fasa2 itu, keadaan akan bertukar. Kesabaran sangat diperlukan untuk fasa2 itu. Aku sudah melalui fasa 5 tahun pertama dan tahun depan adalah penentu sama ada fasa ini berakhir ataupun bersambung menjadi fasa 10 tahun pertama. 10 tahun beb, kalau masalah masih sama boleh difikirkan bahawa mungkin jodoh tidak panjang tapi selagi boleh bertahan, harus bertahan kerana nasib anak2 harus difikirkan. Aku tidak boleh menjangka 5 tahun akan datang macam mana tapi aku sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu rezeki kami dan tambahkan toleransi kami dalam menyelesaikan masalah.

Nota: Aku berkongsi hal rumahtangga bukan untuk memburukkan suami tapi aku mau kita sama2 ambil iktibar. Aku pun masih belajar tentang rumahtangga. Kehidupan zaman kini tidak semudah zaman dulu. Sangat mudah untuk tersilap langkah, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari segala musibah dunia dan akhirat. Amin.

4 comments:

~ As ~ said...

Kalau kita selalu bersyukur, memang tiada masalah dlm kewangan. Kami suami isteri, walaupun kami kawin muda jg tp suami aku jenis yg cool, nda marah2. Lain mcm aku ahahaha...semua mau komplen. Syukur bertahan ke hari ni. Saling tolenrasi dan ber-kasih sayang. Ingat anak2 tanggunggjawab. Walaupun kita x bahagia tapi anak2 perlukan ibu DAN bapa utk membesar. Kata kuncinya adalah, BERSYUKUR.

Anonymous said...

Nah betul tu As.. Aku dulu panas baran tp lps kawin bisa bertenang suda sbb laki aku yg cepat marah2. Cpt mrh cpt sejuk. Tp 1 kali aku mengamuk, garu kepala jg la si abang.

Klu tiba2 kita ada mslh mengejut then kita x dpt handle, tu yg susah tu. Kita doakan kwn ku agar bersatu semula bersama suaminya. Suaminya pun masi syg dia juga cuma mgkn kwn ku masi trauma kali. Ego kah, nda tau la.

abglan said...

Kesian kat diorg tu... maybe itu keputusan yang terbaik buat masa ini.

Anonymous said...

Ya abglan. 2 hari kami berbncg hal tu dlm fb dan sepertinya sukar utk diperbaiki semula. Apapun semoga ada keajaiban dlm hubungan mereka.