Wednesday 19 October 2011

...Kalau Aku Kaya...

Kalau bercakap tentang KAYA semua orang suka dan mungkin ada juga yang nda ambil kisah sebab KAYA itu bukan datang percuma melainkan susah payah dan usaha yang sangat perit. Tapi kalau KAYA itu sesuatu yang free, siapa nda mau kan? 

Dan kamu tau siapa wanita terkaya? Cari di forbes.com.

Semua orang sukakan kekayaan, dan semua oang sentiasa mengangankan kekayaan dan aku juga selalu brfikir, penting sangatkah kekayaan bagi semua orang? Dan apa sebenarnya definisi kekayaan bagi setiap individu? Sekaya manakah yng diimpikan semua orang?

Oklah, katakan jika setiap orang daripada kita diberi peluang atau diberi kekayaan percuma, apakah sebenarnya barang atau perkara yang betul kamu mahukan dengan kekayaan itu. Dengan syarat hanya 5 perkara dibenarkan.. 

Jom kongsikan!




4 comments:

Aki said...

Kalau kaya,si Aki mau...

1. Bawa tu orang tua jalan-jalan dulu..

2. Buat bisnes.. banyak ni bisnes si Aki mau buat..

3. Kahwin.. ha ha ha..

4. Kasi skolah tu adik-adik yang masi skolah.. nasib tinggal sikit lagi..

5. Kumpul Harta dunia.. ha ha ha.. ^_^.v..

Nani said...

Kalau aku:
1. 9 buah banglo sederhana besar utk aku, beliau ku, mentua ku dan adik-beradik ku. Lengkap dengan perabot dan kereta. Kira satu set la.
2. Naik haji sponsor semua ahli keluarga terdekat.
3. Buat satu sekolah tahfiz sebesar sebuah sekolah menengah yang lengkap dgn semua keperluan mengajar.
4. Melancong seumur hidup termasuk kalau mau balik2 buat umrah.
5. Wang tunai 10 juta dalam akaun simpanan.

Unknown said...

kaya itu perlu.. namun terpulang sama kita.. mo kaya yang macam mana.. hihi..

kalau aku kaya harta.. yang pasti memang aku mo kasi senang beliau, adik2 dulu..

baru menjadikan semua angan2ku jadi realiti..


yang pasti sekarang belum lg aku kaya2 kalau setakat makan gaji ni.. lol

namun.. sedang mengumpul kekayaan untuk berbaik-baik, memberi kasih sayang kepada mereka2 yang sewaktu dengannya.. :)

Nani said...

Ming, betullah bilang orang, jika kita nda kaya harta, isilah hati dengan kekayaan kasih-sayang. Kami laki-bini pun skg kdg2 kais pagi makan pagi tapi aku rasa kami lebih bahagia skg berbanding time kami bnyk duit dulu. Alhamdulillah. Aku pun punya hajat besar supaya ditakdirkan dapat membalas jasa org tua dan membantu adik2ku, semoga Allah bukakan pintu rezeki kita dan kita dpt menunaikan hajat itu.