Monday, 1 April 2013

Isu Cari Kerja

Hari ini dan esok ada temuduga terbuka utk jawatan Kerani Sambilan di Pjbt Pendidikan, Pitas. Mengikut status sorg anak jiran katanya 9 saja kekososngan tapi yang datang dalam anggaran 500 org. Omaigod!

Pemuda-pemudi betul2 kehausan pekerjaan.

Beberapa hari lalu my beliau ada cakap menyuruh aku ikut temuduga tu. Pok diserap ke jawatan tetap katanya. Itu baru mukadimah, belum sempat dia menyampaikan isi syarahan aku terus balik rumah ku (masa tu di rmh bapa) hehe.

Sampai rmh aku bepikir balik...

Hina sangatkah kalau aku surirumah?

Hina sangatkah jika kami memulakan hidup baru biar pun slow?

Hinakah kami hidup begini? Pakai keta tangan ketiga (3rd hand), buat rumah pun nda pakai loan, pendapatan tidak menentu tapi masih buli makan lagila...

Aku xmau tau apa pandangan org lain sama kami sekeluarga (aku, suami dan anak) tapi pandangan beliau aku sendiri. Itu yg sukar dikikis. Baginya makan gaji adalah manusia yang terhormat sedangkan dia bising2 kebun sawitnya xda org handle. Skg kami kerahkan keringat kami sndri laki-bni menjaga pokok sawit itu sebelum ada modal utk mengupah pekerja (sambil belajar dan ambil pengalaman) tapi mungkin dimata beliau itu langsung xda harga.

Aku bukan mau merendah2kan jawatan kerani tapi bagi aku xda yg istimewa sangat sekadar jawatan tu. Kita buli dapat lebih dari gaji kerani jika berbudi pada tanah. Misi dan visi aku dalam jadi petani tersusun kemas dalam fail perancangan ku. Aku yakin, life beginilah yang aku mau. Bebas dari cengkaman org atas, bebas dari komitmen 8-5 sehari.

Aku respek org makan gaji dan tolong janganlah pandang kami begini...

Aku betul-betul terkilan dengan sikap bapa... Tapi macam mana juga, dia org tua. Aku nda taulah kalau Allah takdirkan aku semula makan gaji tapi setakat ni fikiran ku belum berubah. Biarla hidup sederhana asalkan hati senang dan paling penting ialah TENANG.

P/s: aku pernah merasa seketika makan gaji dan dikatakan berduit tapi aku nda mau lagi hidup begitu kerana penuh dengan tekanan. Tekanan masa, tugas pejabat dan juga tugas rumahtangga. Pliss...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Gunaqz said...

Aku paham tu maksudmu nani. Dulu kami pun laki bini makan gaji sama org. Memang beduit tetap lah ... tapi itu stress, aduh...nda blh tahan. Skg sudah rasa kerja sendiri, memang x mau lagi kerja makan gaji. Baik lagi jadi bos sendiri. Klu penat pun, hasilnya semua kita punya. Sabarlah sama bapamu, zaman durang lain dari kita bah tu. Masa aku resign dari kerja guru sekolah hujung tahun 2010 dulu, bapaku yg berabis nangis, bukan aku. Lol. Bilangnya u don't know what you just let go, u silly girl. Skg dia dah nampak aku lagi maju dari masa kerja makan gaji dulu, baru lah reda kemarahan dia. Mo sabar byk lah nani, satu hari nanti ur dad akan nampak juga semua hasil usaha ko.

Siapa bilang suri rumah ni x produktif n tiada kejayaan. Kwn aku skg sudah kaya raya hasil bisnes online sambil jaga anak n rumah. Asal kena caranya, mesti ada kejayaan. Good luck, nani!

Nani said...

Gunaqs: thanks! Rasa tersentuh dgn komen kau dan jd satu inspirasi baru bg aku. Stp apa yg kita lakukan, perlukan masa untuk keberhasilannya. Betul katamu aku kena bersabar dgn penerimaan beliau dgn jln hidup yg aku pilih. Its ok.