Monday 6 February 2012

Sapa Dapat BR1M?

Siapa dapat? Tak dapat? oh, yang nda dapat tu orang kaya hehehe. Kami kurang kaya so dapatlah. Alhamdulillah.

Dalam sebulan dua ni, aku selalu war-warkan dalam facebook dan dalam blog yang aku kepingin beli tv baru tapi kerana bajet itu dan ini terpaksa ditangguhkan. Walaupun keinginan ini simple tapi hati berbelah bagi mau ambil saiz tv berapa. Ikutkan saiz ruang tamu yang kecik memang 52 inci jauh sekali. Kau mau tertonjol biji mata? Juling? Haaaa, jangan cuba-cuba. Tapi kalau difikirkan jangka masa panjang, aku pun bukan duduk rumah sempit ni sampai aku ada cucu pun. So bolehlah ambik 52 inci. Nafsu 52 inci tapi uangnya enggak kecukupan dong itu yang bertangguh manala tau tiba-tiba dapat durian runtuhkan, nda juga menyesal ambil tv 19 inci. Adoi keciknya ! So kamu percayalah aku mau ambil tv macam wayang tu? Nda bah.... Deh, berjimat itukan disukai Allah dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.   Memanglah mau tapi tunggu ruang tamu aku seluas sebuah bilik darjah dulu.

So selepas dapat duit RM500 tu, aku pun bagitau Ghazali ada baiknya kita guna duit tu untuk beli sesuatu yang tahan lama sebagai kenang-kenangan dan kami pun belilah tv baru. Yippie !!! Memang happy nda terkata, walaupun wish tu kecik ja tapi bila tertunai sangatlah bersyukur. Dan, inilah dia....




Inilah dia! Simple dan sederhana.. Harga RM669 ja dan yang penting LED ok ! Kenapa LED? Mari aku bagitau. Ni aku copy dari Budak Sungkai.


LED

Kualiti gambar cantik
Gambar kontrast tinggi sangat terang sebab setiap piksel dihasilkan oleh sebiji LED yang ade kaler biru,merah,hijau.kalo brand SHARP terbaru,die tambah kaler kuning.Jimat tenaga,sebab pakai LED yang tak banyak guna power.Bila nak wat warna hitam,die takyah nyalakan langsung piksel yang berkaitan.
Life span panjang,kurang kepanasan dan saiz panel jadi semakin nipis.dan mesra alam sebab pakai mercury free technologi.
LED xde sama mcm TV biasa..kualitinya pula, bukan biasa2 aja..tapi luar biasa..LED punya teknologi guna lampu LED utk generate picture pada Skrinnya..bukan 1 lampu LED..tapi banyak giler..kalo semasa anda menonton filem @ drama dan pada masa itu, scene cerita itu memaparkan waktu siang ataupon memaparkan pelbagai warna..maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi atau mengeluarkan cahaya pada skrin LED TV.sebaliknya, jika pada masa itu, cerita itu mengisahkan tetang waktu malam, atau dalam hutan atau terowong gelap, maka hanya sesetengah lampu LED saja yg beroperasi..dan yg selebihnya tidak beroperasi..kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam..sebab itu, LED TV ini menjimatkan elektrik..lampu LED berfungsi hanya bila ada keperluan.
jika dalam beratus2 lampu LED itu, ada 3-5 lampu LED yg pecah @ rosak..LED TV masih boleh beroperasi seperti biasa..cuma dari segi pengalaman, kita masih tidak tahu..sejauh mana lampu LED boleh bertahan.


PLASMA

Berat sikit tapi selamat. 
2
Burn in,masalah ni kalau bila tv kita mainkan imej statik terlalu lama,contohnya logo tv kat atas skrin tu bila terlalu lama sampai ada bekas kat situ. 
Life span, ada jangka masa sebelum plasma tv korang jadi kurang cerah sehingga 50% dari asal.( Dalam selepas 17 tahun ).
Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. 
Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. 
Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulan phosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar). 
Skrin silau,terutama kalo korang letak tv ni berhampiran sumber cahaya macam tingkap ke.

LCD

Screen macam plastik.
Ringan. Kualiti gambar sama macam plasma.Kena teliti betul2 baru nampak perbezaan.Ada possibility utk dead pix.
kurang silauan lampu atau cahaya...kerana skrin bukan daripada kaca....
risiko skrin pecah adalah sikit....
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.  Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.
 
* * *
So bila sebut pasal LED imanglah color cun melecun. Sehari suntuk kau mengadap tv pun nda boring. Harap info di atas buli bagi sedikit panduan pada kamu yang berura-ura menggantikan tv purba kepada tv yang paling terkini. Lepas LED apa agaknya teknologi tv lagi? Lepas iPad apa lagi agaknya pc seterusnya?

2 comments:

Aki said...

kami ada tv led 32 inci yang hanya on bila ada bola ja.. :D.. ha ha ha..

Nani said...

Aik, time ada bola ja. Pakai HD lagi kali? Wah memang puas hati kan?