Tuesday 7 February 2012

Orang-Orang Sabah Sila Buka Mata !

UBF & 7 AGENDA
Perjuangan Kita, Masa Depan Kita, Takdir Kita 

 

UNITED BORNEO FRONT (UBF) atau Barisan Borneo Bersatu adalah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Disember 20lO. Berjuang menuntut pengembalian hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak, syarat serta jaminan yang tidak ditunaikan semasa pembentukan Malaysia

melalui Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (IGC) 1962 dan Artikel. 8, Perjanjian Malaysia 1963 yang ditanclatangani di London.

 

UBF telah menggariskan senarai tuntutan dalam satu agenda yang disebut Agenda Borneo. Agenda Borneo dijadikan teras perjuangan rakyat Sabah Sarawak kerana inilah yang menjadi keperluan bahkan menjadi satu jaminan masa depan untuk rakyat dan generasi akan datang.

 

UBF tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik tetapi mengambil iktibar dari Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 di mana ternyata Sabah dan Sarawak mempunyai peluang untuk menentukan kerajaan yang memerintah Putrajaya. Peluang yang terlepas ini muncul lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan mungkin peluang yang terakhir untuk rakyat Sabah Sarawak

menentukan pemerintah Putrajaya yang benar-benar memenuhi aspirasi Agenda Borneo.

 

KONSEP PERJUANGAN : UBF merupakan gerakan kumpulan pendesak dan hak-hak sivil dan

akan bergabung dengan mana-mana organisasi, parti potitik dan individu yang setuju dengan perjuangan UBF.

 

FUNGSI: Memperkasa rakyat Borneo melalui kesedaran terhadap sejarah, politik, hak - hak tanggungjawab dan menanam semangat perjuangan untuk keadilan.

 

V1SI: Sabah, Sarawak (Borneo) bebas berautonomi politik, demokratik dan mempunyai ekonomi yang progresif.

 

MISI: Menghapuskan corak pemerintahan ala penjajah dan mengembalikan hak istimewa dan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama taraf dalam Persekutuan Malaysia

 

 MATLAMAT UTAMA: Mempastikan Perjanjian Malaysia termasuk 20/18 Perkara, syarat,

jaminan dan kenyataan dibuat Tunku Abdul Rahman, kandungan laporan IGC dan Suruhanjaya Cobbold dihormati dan dilaksana seperti yang dijelaskan dalam Perkara 8, Perjanjian Malaysia 1963.

 

TUJUH (7 )AGENDA BORNEO

 

AGENDA 1: Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan "Mekanisme Pelaksana" untuk menyusuli pematuhan Perjanjian Malaysia 1963 serta memulihkan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dengan Malaya.

 

• Keluasan Perlis 812 km/persegi, Pitas 1419 km/persegi tapi Perils ada Raja, Menteri Besar 15 orang Adun dan 3 Ahli Parlimen. Pitas hanya ada 1 orang Adun dan berkongsi Ahli Parlimen dengan DUN lain. Dari segi peruntukan YB, Perlis mendapat RM20 Juta setahun, Pitas hanya dapat sekitar

 RM700,000.

 

AGENDA 2 : Menuntut supaya satu formula untuk agihan yang adil dalam aspek hasil cukai, minyak dan perjawatan. 

* Sabah hanya dapat 5% daripada hasil minyak dari bumi Sabah. Secara matematik, negeri-negeri lain yang tidak ada minyak menikmati 9.5% hasil minyak dari Sabah.

 • Hampir 80% jawatan pengarah agensi persekutuan di Sabah disandang dari Semenanjung.

 • Sebanyak 66,597 jawatan agensi persekutuan di Sabah. 51,879 (78%) diisi dari Semenanjung. Ini menyebabkan kadar pengangguran rakyat Sabah tertinggi di Malaysia. (63%). Ke mana hala tuju rakyat Sabah yang masih sedang belajar sekarang?

 

AGENDA 3 : Menuntut supaya hak-hak peribumi Sabah Sarawak dihormati dan kekal seperti yang termaktub dalam perjanjian dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

 • Hampir semua aspek dalam pentadbiran Malaysia mengabaikan hak dan peluang orang asal Sabah Sarawak: Contoh: menafikan hak pemilikan tanah yang diwarisi turun-temurun dan memberikan keistimewaan kepada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi khas.

 • Peluang dalam konteks pendidikan terutama dalam kursuskursus kompetitif di IPTA, biasiswa, kerjaya yang sangat tipis (hanya sekitar 5 – 10%).

 

AGENDA 4: Menuntut supaya Dasar Kabotaj (dasar perkapalan) dimansuhkan. Dasar ini menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi Sabah sejak 1/1/1980.

 • Melalui dasar ini, semua kapal kontena membawa barangan import dari luar negara mesti berlabuh di Pelabuhan Klang dan membayar cukai.

• Kesannya: tempoh masa penghantaran barang yang lama, harga barangan di Sabah mahal, industri perkilangan lembab dan hampir semua hasil mentah dari Sabah terpaksa dihantar ke Semenanjung untuk diproses .

 • Fikirkan ! Kenapa harga minyak masak di Sabah mahal berbanding Semenanjung sedangkan Sabah pengeluar sawit utama di Malaysia?

• Fikirkan! Rakyat Sabah menoreh dan menjual getah kepada LIGS. LIGS memproses dlm bentuk SMR dan hantar ke Semenanjung diproses menjadi sarung tangan dan rakyat Sabah beli balik.

 

AGENDA 5 : Menuntut supaya fokus pembangunan ditumpukan kepada Sabah dan Sarawak di samping mengurangkan jurang ekonomi dan digital antara dua wilayah.

 • Data kemiskinan tegar dari EPU masih meletakkan Sabah paling ramai miskin tegar di Malaysia. Laporan 11/11/2010 turut meletakkan Sabah termiskin di Malaysia. Ini membuktikan Sabah harus diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan. RMK9, Sabah hanya dapat 8.5%

• Sepanjang 21,300 km jalan raya di Semenanjung telah diaspal dengan kualiti yang terbaik, sehingga 12 lorong dan bertingkat -tingkat. Di Sabah baru 3,000 km jalan yang diaspal dengan kualiti yang teruk, baru beberapa minggu sudah hancur!

 • Hasili minyak Sabah telah membantu KL membina Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang KL, Litar Formula One, Putrajaya, Membeli 110 kapal kontena MISC, Universiti Teknologi Petronas dan membiayai hampir 30,000 pelajar semenanjung dalam biasiswa Petronas.

 • Pada tahun 2010 sahaja Sabah hantar sebanyak RM18 bilion (cukai) dan royalti minyak RM13.7 bilion. Ini bermakna untuk tahun 2010 sahaja,Sabah telah menghantar wang ke KL sebanyak RM31.7 BILLION. Secara puratanya Sabah menghantar wang ke KL setiap tahun tidak kurang daripada RM25 Bilion (Ruj: 1 Billion = RM1000 juta)

 • Sabah pengeluar utama minyak kelapa sawit, getah, koko, kayu balak dan kelapa tetapi masih menjadi negeri paling miskin di Malaysia?

 

AGENDA 6 : Menuntut supaya masalah PTI/Projek IC diselesaikan secara tuntas dan integriti sempadan Sabah Sarawak diperketatkan, termasuklah hukuman yang berat ke atas mereka yang memberikan status kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin.

 • Penduduk Sabah sekarang berjumlah 3.23 juta dan daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah pendatang tanpa izin (PTI). Jumlah PTI sudah menguasai penduduk tempatan yang hanya berjumlah, 1.5 juta.

 • Bagaimana mereka masuk dengan mudah? Siapa yang memberikan mereka penempatan? Siapa yang memberikan mereka status warganegara? Siapa yang mendaftarkan mereka status sebagai pengundi? 

 • Data 1963, tidak wujud bangsa Melayu di Sabah tetapi pada tahun 1970 Melayu berjumlah 18,362 dan tahun 2000 berjumlah 303,500 (kenaikan 1552%). Populasi mereka naik mendadak mengatasi populasi kaum Bajau/lranun dan Kadazandusun:

 • Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa memang wujud "Projek IC yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO, namun mereka terus menafikan.

 • Kini, masalah PTI sudah semakin kronik. Jumlah mereka bukan sahaja mengatasi penduduk tempatan malah diberikan status warganegara dan mengundi.

 • Sedar atau tidak, percaya atau tidak, mahu atau tidak! Kita bakal menjadi minoriti dan pelarian di bumi Sabah.

 

AGENDA 7 : Menuntut supaya kajian semula terhadap kehadiran dan peranan agensi-agensi Persekutuan di Sabah/Sarawak bahkan syarikat-syarikat dari Semenanjung yang mendapat konsesi tanah di Sabah.

 • Sabah memiliki kementerian dan jabatan. Sedarkah kita bahawa fungsi setiap kementerian dan jabatan ini semakin dihakis dengan kehadiran pelbagai agensi persekutuan dari KL. Contoh: Kehadiran Felda, Risda, Felcra, LKIM, LIGM dan banyak lagi.

• Hampir 1.4 juta hektar tanah Sabah ditanam dengan kelapa sawit yang mana 80% adalah syarikat dari KL seperti Felda, IJM, IOI, Le Meridien dan banyak lagi.

 • Beberapa syarikat dari KL seperti TH turut mendapat konsesi dalam Forest Plantation (penghutanan semula) untuk satu jangkamasa yang sangat lama (mencecah 100 tahun).

 • Tanah dan hutan yang. merupakan sumber asasi rakyat Sabah kini menjadi sumber kekayaan syarikat-syarikat dari KL. Penguasaan dan pemilikan dari KL terhadap sumber dari Sabah perlu dihentikan segera!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Aki said...

Saya AJK UBF bahagian Kudat.. Ngam la ko share ni.. ^_^.v..

Nani said...

Oh yaka? Kau diam2 ja. Bah kalau ada info nanti share la ah.

Aku MamaGlam said...

OMG... ni br la. Buat baik blum tentu dibalas baik ni smua tanggungjawab pemimpin yg mguruskn sabah sarawak. Klu dorg sedar, jatidiri kuat, tegas dan bertegas rasanya kita semua terbela.

Tp yg ku tgk dorg ni srbok mjaga periuk n politik masing2

QASEEH HATIKU QASEEH said...

nani,
semua nie hapen bcoz of ada urg2 kita yg mau kaya/senang cepat...dia cuma pikir dia pnya nmpk kesenangan skrg...dia x nmpk impak nya yg semakin hari semakin dasyat....PTI semakin bermaharajalela...PTI mndapat semua kemudahan yg kerajaan sedia...

dr segi pekerjaan itummg betul...nmpk sgt penindasan..urg dr semenanjung...monopoli jwtn d sabah..even smpi jwtn driver pn bole d ambik dr semenanjung..tp dtg sabah gaji besar la..psl dpt elaun perumahan wilayah..terus dpt gaji mcm pegawai..pdhl driver saja...ramai bh urg sabah teda kerja...stkt SPM tu be lambak2..tp knp mo ambik kerani dr semanajung...dia urg klu dtg cni gaji besar psl dpt elaun wilayah...kalah bh gaji pegawai2...lepasan diploma n degree pn byk tp ..tatap jgk d ambik dr semenanjung...urg2 kita jgk byk yg suka main gusuk2...sanggup jd barua...sanggup mkn duit haram...asalkan hidup mewah...semua tu berpunca dr DUIT...org indon teda pass tidak takut sm polis...dia urg sda besa..klu kna tangkap sedia saja duit...klu pikir2..apa CM kta sda buat...knp????...sy suka zaman chong kah kiat...wlpn dia urg cina..tp dia lurus..adil..amanah..